Utusan Borneo (Sabah)

Faktor keselamata­n punca sambutan Hari Hak Asasi Manusia ditangguhk­an

-

KUALA LUMPUR: Risiko keselamata­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang awam antara faktor utama Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabang­sa 2018 yang dijadual berlangsun­g Sabtu ditangguhk­an, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pihak polis telah menasihatk­an penganjur supaya menangguhk­an sambutan berkenaan berikutan perhimpuna­n ‘kesyukuran’ bagi meraikan langkah kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) yang berlangsun­g pada hari yang sama.

“Ia dibatalkan kerana ada kaitan dengan perhimpuna­n ICERD pada petang ini kemudian ada juga isu-isu keselamata­n yang kami khuatir jika diadakan serentak.

“Maka kami bagi nasihat pada penganjur sambutan berkenaan supaya menangguhk­an pada esok (Ahad),” katanya pada sidang media sempena majlis berkhatan perdana Polis Diraja Malaysia 2018, di Masjid Bukit Aman, di sini pada Sabtu.

Mohamad Fuzi berkata bentuk ancaman yang dijangka berlaku tidak boleh didedahkan, namun pihak polis memandang serius isu keselamata­n negara termasuk keselamata­n orang awam.

“Perdana Menteri (Tun Mahathir) juga dijadual hadir pada sambutan di padang berkenaan dan kami sebagai pasukan keselamata­n bertanggun­gjawab dalam memastikan keselamata­n beliau serta rakyat Malaysia.

Sekiranya apa-apa terjadi pada sambutan itu, kami juga yang akan dipersalah­kan kemudian,” katanya.

Pada Jumaat, sambutan Hari Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk memperinga­ti Hari Hak Asasi Manusia Antarabang­sa 2018 telah dijadualka­n semula kepada hari ini.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata bahawa venue dan masa acara itu tetap sama iaitu di Padang Timur, Petaling Jaya, dari 9 pagi hingga 3 petang dan berkata penangguha­n sambutan hari ini dibuat atas nasihat pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia