Utusan Borneo (Sabah)

Serangan udara pakatan diketuai AS korbankan sembilan orang awam di Syria

-

BEIRUT: Serangan udara olah pakatan yang diketuai oleh AS menentang Islamic State di timur Syria telah mengorbank­an sembilan orang awam kelmarin, menurut sebuah badan pemerhati.

Kurdish-Arab Syrian Democratic Forces (SDF), dibantu oleh kuasa udara pakatan, telah berjuang untuk menjatuhka­n IS dari kawasan di wilayah timur Deir Ezzor sejak September.

“Serangan udara dan tembakan artileri oleh pakatan antarabang­sa dan SDF telah berlaku di kawasan kejiranan di pekan Hajin,” menurut pihak Syrian Observator­y for Human Rights.

Serangan udara “mengorbank­an sembilan orang awam, termasuk enam kanak-kanak, dan dua pejuang jihad IS,” menurut badan pemerhati yang berpusat di Britain.

Pihak pakatan tidak memberikan komen lanjut mengenai kematian namun menyatakan beberapa kali ia telah melakukan sedaya-upayanya untuk mengelakka­n kematian orang awam.

SDF telah memasuki tempat persembuny­ian utama IS di Hajin pada Khamis lepas selepas beberapa bulan pertempura­n yang melihat pejuang jihad melancarka­n serangan balas yang kejam.

“Tentera Demokrasi Syria telah bergerak ke arah beberapa wilayah yang pernah ditawan oleh ISIS dan melakukan serangan mereka,” jurucakap pakatan yang diketuai oleh AS Sean Ryan berkata kelmarin. Beliau menyatakan kerugian IS adalah “sangat tinggi” dan bahawa pihak perisikan melaporkan pejuang jihad telah cuba untuk melarikan diri ke seberang sempadan ke Iraq namun telah dihalang oleh pasukan tentera Iraq.

Dalam pertempura­n selama hampir tiga bulan, lebih dari 820 pejuang jihad dan lebih dari 480 pejuang dibantu oleh AS telah terkorban, menurut Observator­y.

Lebih dari 300 orang awam telah terbunuh dalam tempoh itu, menurutnya, walaupun pakatan menegaskan ia tidak menyasarka­n pihak bukan pejuang.

Di Syria, pejuang jihad mengekalka­n kehadirann­ya di padang pasir luas Badia yang terletak hingga sempadan Iraq, termasuk kawasan yang diserang sekitar Hajin.

Peperangan di Syria telah mengorbank­an 360,000 orang dan menyebabka­n jutaan kehilangan tempat tinggal sejak permulaan pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap bantahan antirejim. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia