Nelayan Marshall temui 48 kilo kokain
MAJURO: Seorang nelayan di Marshall Islands telah memperolehi lebih dari apa yang beliau harapkan apabila beliau dikejutkan dengan hasil tangkapannya untuk menemui kokain yang disyaki seberat 48 kilo (106 paun).
Serbuk putih, dibungkus dengan cara sangat profesional dan dilekatkan dalam beberapa beg plastik, mempunyai satu nilai jualan sebanyak kira-kira AS$4 juta, kata polis kelmarin.
“Kami berasa sangat pasti kami telah memperolehi kesemuanya,” tambah timbalan pesuruhjaya polis Robson Almen, menyatakan terdapat tiada kenyataan bahawa bungkusan tersebut telah diasingkan dari satu bungkusan yang lebih besar.
Almen menyatakan nelayan itu telah menghubungi polis semasa beliau menemui dadah pada minggu lepas ketika menangkap ikan di luar Kwajalein Atoll, 494 kilometer dari ibu negara Majuro.
Anggota penguat kuasa undang-undang Marshall Islands telah meminta bantuan dari Agensi Penguatkuasaan Dadah AS kerana wilayah barat Pasifik tidak memiliki makmal yang berkemampuan untuk mengesahkan bahan tersebut sebagai kokain.
Bagaimanapun, kepulauan terpencil itu, yang berada di laluan kokain utara trans-Pasifik dari Amerika Selatan ke Asia, memiliki satu sejarah dengan penemuan kokain.
Di antara tahun 2002 dan 2009, bungkusan besar kokain dan beberapa bot yang membawa kokain telah ditemui dihanyutkan ke pantai-pantai sekitar Marshall Islands sekurangkurangnya enam kali.
“Ini menunjukkan satu dagangan kokain yang sangat besar dan lama terbentuk, serta pada satu skala yang sangat besar,” menurut satu laporan 2012 dalam Asia Pacific Defence Reporter, sebuah laman sesawang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraan yang berpusat di Australia. — AFP