Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar cemerlang dihargai

Majlis Anugerah Cemerlang 2018 SK Lapasan KK

- Suhaila dan Ahmad Fawzan bergambar bersama Sulaiman, Supiah dan Nordin.

KOTA KINABALU: Sebaik pelajar selesai menyanyika­n lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dengan penuh semangat, hadirin yang terdiri dari pelajar, ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lapasan Kota Kinabalu yang hadir di Dewan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Sabah siap sedia meneruskan acara.

Majlis Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah 2018 SK Lapasan Kota Kinabalu dimulakan dengan ucapan Ketua Pengawas, Adik Nurul Suhaila Abdul Rashid sebelum Guru Besar Puan Supiah Haji Noor menyampaik­an ucapannya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua PIBG SK Lapasan Nordin Jun.

Program itu dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Umin Sadi yang diwakili oleh Kaunselor Daerah PPD Kota Kinabalu Sulaiman Awang.

Dalam ucapannya, beliau mengucapka­n tahniah kepada AJK pelaksana kerana berjaya menganjurk­an program yang boleh melahirkan pendidikan berkualiti dan mampu memacu kecemerlan­gan murid menjelang 2019.

Beliau juga menyaranka­n agar ibu bapa terus mendidik dan membimbing anak mereka agar mampu menjadi cemerlang.

Ibu bapa tidak seharusnya memberikan tugas mendidik anak-anak kepada guru sematamata, katanya dalam ucapan yang penuh motivasi itu.

Selepas Sulaiman memalu gong sebagai gimik perasmian, persembaha­n multimedia diadakan diikuti Graduasi Pra Sekolah.

Seramai 20 murid pra sekolah menerima sijil masing-masing diikuti dengan Penyampaia­n Anugerah Murid Pra Sekolah.

Sijil Penghargaa­n untuk Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas diberikan kepada Muhammad Zairil Faris Muhammad Mahroz dan Sofea Isabella Hisham.

Bagi Sahsiah Terbaik diberikan kepada Muhammad Kamil Kassnizam dan Nur Adni Afifah Awang Mosli.

Bagi Pencapaian Akademik Terbaik diberikan kepada Putri Nuriyzarra Iyzattul Abdul Mutalib, Sofea Isabella Hisham dan Rain Vand Junior Roger.

Hadirin kemudian menyaksika­n persembaha­n tarian Magunatip oleh pasukan kelab kebudayaan sekolah.

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaia­n Sijil Penghargaa­n.

Lapan menerima sijil Ketua Kelas dan lapan lagi Penolong Ketua Kelas.

Seramai 28 pengawas sekolah diketuai Nurul Suhaila Abd Rashid sebagai Ketua Pengawas dan Ahmad Fawzan Abd Naddin sebagai Penolong Ketua Pengawas turut menerima sijil masingmasi­ng.

Sembilan Pengawas Pusat Sumber diketuai Nur Adilah Andiani Awang Mosli selaku Ketua Pengawas Pusat Sumber dan Nurulain Zainudin sebagai Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber juga diberikan sijil. Seramai 42 orang pelajar menerima sijil Kehadiran Penuh.

16 pelajar menerima Anugerah Sahsiah Terbaik.

Majlis sekali lagi memberi laluan kepada persembaha­n tarian Mentera Semerah Padi oleh Kumpulan Cilik Prasekolah sebelum sesi penyampaia­n sijil seterusnya.

Bagi sesi berikutnya, Anugerah Nilam dimenangi Nur Adilah Andiani Awang Mosli.

Lapan orang memenangi Hadiah Linus manakala j-QAF diberikan kepada Muhammad Khalid Mohd Kassnizan dan Nurul Suhaila Abd Rashid.

Selepas penyampaia­n Anugerah Pencapaian Cemerlang Mata Pelajaran Teras & Wajib, majlis diteruskan dengan penyampaia­n Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang.

Bagi Tahun 1 tempat pertama diberikan kepada Hanis Maisarah Hamran, Auryeel Zainal (kedua) dan Muhamad Nigel Ashraf Saffri (ketiga).

Bagi Tahun 2, Awangku Muhammad Harith Aryan Awngku Mohd Arahan (pertama), Elisha Iman Mohd Harris (kedua) dan Keano Borolly Dapun (ketiga).

Bagi Tahun 3, Nurazmirah Mohd Izzam (pertama), Tita Joy Henry (kedua) manakala tempat ketiga ialah Airel Nazman Muziman @Rudy.

Nurain Syahira Zuladri menduduki tempat pertama bagi Tahun 4 diikuti oleh Muhammad Hameezan Anwar (kedua) dan Abyeel Zainal di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi Tahun 5, Pquiera Arabella John menduduki tempat pertama, Elisha Rose Raymond di tempat kedua manakala tempat ketiga ialah Nur Ain Abd Razak.

Bagi Tahun 6, Nurul Suhaila Abdul Rashid menduduki tempat pertama diikuti Jessylynn Tamson di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi Ahmad Fawzan Abd Naddin.

Kelab Kebudayaan Sekolah mempersemb­ahkan Tarian Ngajat sebelum penyampaia­n Anugerah Khas Pencapaian Kokurikulu­m kepada Mohazir Kasran,Mohamad Firdaus Firnan,dan Muhammad Fatih Hafiy Zunaidy@ Ady.

Anugerah Kokurikulu­m Cemerlang diberikan kepada Ahmad Fawzan Abd Naddin manakala Anugerah Akademik Cemerlang dimenangi Nurul Suhaila Abdul Rashid.

Ibubapa yang aktif memberi sokongan terhadap kegiatan Persatuan Bapa Guru (PIBG) dan ibubapa dianugerah­kan Sijil Penglibata­n PIBK Aktif.

Penerimany­a ialah Darmawati Abd Hamid, Fadilah@ Fadzil Nasip, Faridah Nasip, Fauziyah Nurdin, Fiona Jika, Jamilah Jamil, Jumaini Entoh, Labai Tuah, Nor Intan Fadzil, dan Rahimah Gapur.

Selepas penyampaia­n cenderahat­i, majlis ditutup denganpers­embahankoi­rtahun 6, sebagai tanda perpisahan sebelum mereka melangkah ke tingkatan satu di sekolah baharu tahun depan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SULAIMAN memukul gong sebagai gimik perasmian. (Gambar kiri) ANTARA hadirin dan murid yang hadir dalam majlis itu.
SULAIMAN memukul gong sebagai gimik perasmian. (Gambar kiri) ANTARA hadirin dan murid yang hadir dalam majlis itu.
 ??  ?? SULAIMAN menyampaik­an anugerah kepada pelajar pra sekolah.
SULAIMAN menyampaik­an anugerah kepada pelajar pra sekolah.
 ??  ?? IBU bapa dan guru serta pelajar yang menghadiri program itu.
IBU bapa dan guru serta pelajar yang menghadiri program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia