Utusan Borneo (Sabah)

Karnival derma darah Hospital Kota Marudu dapat sambutan luar jangkaan

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Karnival derma darah mega sempena sambutan Hari Thalassemi­a Sedunia Hospital Daerah Kota Marudu berjaya mengumpulk­an 300 pain darah sekali gus melebih jumlah yang disasarkan.

Pengarah Hospital Kota Marudu Dr Lydiaarita Micheal Marajin berkata sasaran awal hanya 200 pain namun kehadiran ramai yang tidak duga telah menjadikan jumlah pain derma darah melebihi sasaran.

“Kita berharap akan menerima sambutan yang sama memberangs­angkan apabila karnival derma daerah diadakan pada masa akan datang,” kata Dr Lydiaarita sambil menyatakan pihaknya merancang lebih awal untuk menyediaka­n sistem khidmat kaunter yang lebih efisien untuk menampung kehadiran di luar jangkaan.

Menurut Dr Lydiaarita karnival mega derma daerah itu melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediaka­n sumbangan kepada setiap penderma dengan sekampit beras, gula, minyak masak, telur dan minuman ringan di samping cabutan tiket bertuah.

Timbalan Yang Dipertua Penderma Darah Malaysia, Datuk Andrew Lim turut teruja dengan kehadiran ramai menyumbang kepada tabung darah hospital sambil menyifatka­nnya sebagai semangat kesedaran ramai tentang pentingnya bekalan darah hospital sentiasa mencukupi.

“Kita difahamkan bahawa terdapat 118 pesakit thalassemi­a di Kota Marudu yang mana mereka merupakan golongan yang memerlukan bekalan darah yang berterusan termasuk kes kemalangan dan ibu mengandung,” katanya.

Andrew berharap program mega derma darah itu dapat menjadi amalan kepada pihak NGO di tempat-tempat lain demi membantu hospital mengendali­kan rawatan bagi kes-kes yang memerlukan darah.

Sementarai­tu,pengasassk­uad penderma darah di sini, Noel Gill Sing turut memberikan komitmen berterusan untuk mengajak lebih ramai khususnya penderma baharu untuk menderma darah.

Pesara1994­JabatanKes­ihatan Luar Bandar Bahagian Bawaan Vector itu memiliki pasukannya penderma darah untuk membantu hospital.

“Komitmen saya bermula apabila diminta Hospital Kota Marudu pada 8 Jun 1994 untuk mencari penderma darah dari kalangan penduduk dan umat gereja SDA,” katanya.

Noel sendiri telah mencatatka­n hampir 100 kali menderma darah diikuti dua anak lelakinya, Robin dan Mohan yang masing-masing telah mencatat 98 dan 81 kali menderma darah.

“Kita memberi khidmat dengan melayan dan memberi galakan kepada penderma baharu,” katanya.

Terdahulu Dr Patrina memberikan ceramah tentang pesakit thalassemi­a sementara D’ Verigo memberikan persembaha­n untuk menghiburk­an para penderma darah.

Sementara itu beberapa penderma yang baru pertama kali menderma darah agak gemetar, gugup dan sedikit takut namun apabila diberikan penerangan mesra, mereka semakin yakin.

Antara mereka yang baru pertama kali menderma darah ialah adik-beradik remaja Agettha, 18, dan Rosita, 22, dari Kg Panaitan.

Sementara Benjohn yang sudah 10 tahun tidak menderma darah turut serta menyumbang darah dalam karnival itu atas keyakinan setitik darah dapat membantu pesakit yang memerlukan.

 ??  ?? ORANG ramai menyerbu kaunter karnival mega derma darah Hospital Kota Marudu.
ORANG ramai menyerbu kaunter karnival mega derma darah Hospital Kota Marudu.
 ??  ?? ANDREW menyampaik­an sumbangan kepada penderma darah.
ANDREW menyampaik­an sumbangan kepada penderma darah.
 ??  ?? BENJOHN sudah 10 tahun tidak menderma darah.
BENJOHN sudah 10 tahun tidak menderma darah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia