Utusan Borneo (Sabah)

Gol tunggal Mandzukic bantu Juve atasi Inter

-

MILAN: Mario Mandzukic menjaringk­an gol tunggal untuk membantu Juventus mematahkan cabaran Inter Milan dan mendahului dengan kelebihan 11 mata dalam Serie A kelmarin.

Inter bimbingan Luciano Spalletti menduduki tempat ketiga dan ketinggala­n 14 mata di belakang pendahulu liga selepas mengalami kekalahan dalam perlawanan Derby d’Italia yang memberi tamparan serius kepada harapan mereka untuk memenangi kejuaraan pertama sejak 2010.

Juventus yang belum tewas sudah mengutip 43 mata daripada 15 perlawanan – 11 mata di hadapan Napoli di tempat kedua yang menerima kunjungan Frosinone pada hari ini (Ahad) – dan mereka melepaskan mata hanya dalam keputusan seri di tempat sendiri dengan Genoa.

Tandukan Mandzukic, naib juara Piala Dunia, selepas 66 minit daripada hantaran lintang bekas pemain Inter, Joao Cancelo, sudah memadai untuk menentukan kemenangan di Allianz Stadium.

“Mandzukic merupakan salah seorang pemain yang malah pada hari yang hambar membawa kelasakann­ya ke dalam perlawanan dan ia dapat membawa perbezaan,” kata jurulatih Juvntus, Massimilia­no Allegri.

“Kami tahu kejuaraan tidak akan berakhir pada hari ini tetapi kami masih perlu mengelak kekalahan.

“Saya meminta pemain untuk bermain dengan cekap dan berkesan. Kami hanya separuh itu dalam babak pertama, tetapi kemudian kami mula menahan bola dengan lebih sabar, lebih teratur and mantap.

“Selepas itu, kualiti pemain akhirnya muncul.”

Juara bertahan sebanyak tujuh kali itu membuktika­n sekali lagi bahawa mereka berada dalam kelas yang lebih tinggi daripada seteru mereka walaupun tanpa bintang Portugal Cristiano Ronaldo tidak begitu dominan seperti dalam perlawanan sebelum ini dan gagal untuk menambah jaringan kepada 10 gol liganya.

Kapten Inter, Mauro Icardi, juga gagal melakukan satu pun rembatan ke arah gol tetapi pasukan pelawat memperoleh­i peluang pada separuh masa pertama apabila cubaan Roberto Gagliardin­i menggegark­an tiang gol sejurus sebelum minite ke30.

“Kami bermain dengan cukup baik tetapi kami tidak konsisten, terdapat situasi yang kami tidak tafsir atau baca dengan baik sedangkan Juventus tidak membuat sebarang kesalahan,” kata Spalletti.

“Jika seseorang memimpin, sudah tentulah ia membawa perbezaan, tetapi kami membuat terlalu banyak kesilapan mudah dan remeh,” ujar jurulatih Inter itu.

“Malangnya Juve pintar dan kami pula naif. Mereka ada cara untuk membuang masa lima minit selepas satu kekasaran.”

Paulo Dybala dari Argentina memberi ancaman awal bagi Juventus, dengan melakukan tandukan daripada hantaran silang Ronaldo yang ditolak ke atas oleh penjaga gol Inter, Samir Handanovic, dalam masa 10 minit pertama.

Icardi dan Matteo Politano menolak bola kepada Gagliardin­i tetapi rembatanny­a melantun pada tiang gol sejurus sebelum minit ke-30.

Mandzukic menanduk bola hantaran lintang oleh Rodrigo Bentancur tetapi tidak dapat mengawal penyudah dan MarceloBro­zovicmenol­akbola yang tersasar dan Handanovic berjaya menepis tandukan kencang Giorgio Chiellini sebelum waktu rehat.

Politano, pemain sayap Inter, melepaskan peluang untuk memecah kebuntuan sejurus selepas waktu rehat apabila Leonardo Bonucci bertindak cemerlang untuk menyekat cubaannya.

Rembatan Ronaldo dari jarak jauh melepasi palang gol sedikit sejurus sebelum minit ke-60 sebelum tandukan Mandzukic memberikan gol ketujuh kepadanya pada musim ini.

Inter berusaha sedaya upaya untuk mengutip sata mata tetapi dikekang oleh barisan pertahanan Juventus yang disusun dengan baik oleh pemain veteran Chiellini, dan Lautaro Martinez melakukan rembatan yang tersasar dalam cubaan terakhir yang terdesak bagi pasukan pelawat.

Inter kekal empat mata di hadapan AC Milan, yang menerima kunjungan Torino, manakala Lazio ketinggala­n satu mata di belakang di tempat kelima sebelum perlawanan mereka menentang Sampdoria.

Pasukan Spalletti sekarang memberi tumpuan kepada perlawanan penting mereka dalam Liga Juara-Juara menentang PSV Eindhoven di San Siro pada Selasa ini.

Juventus sudah mara ke pusingan kalah mati dalam Liga Juara-Juara sebelum kunjungan ke Yong Boys di Switzerlan­d pada minggu depan. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia