Utusan Borneo (Sabah)

Suntik 16: Karya perlu alternatif segar, kreatif

- Suntik merakam gambar kenangan sempena program itu.

SEPERTI cahaya yang menyuluh selokan malap menjadi terang, sebegitu kata-kata yang diterjemah­kan oleh Hajah Rubiah Nordin sepanjang sesi penilaian puisi Suntik 16 yang diadakan di ITCC, Penampang pada 18 November lalu.

Beliau merupakan penyair dan penulis yang tidak asing lagi di Sabah. Aktif dalam kegiatan dakwah, merupakan Setiausaha USIA Sabah. Dengan penuh sopan dan tertib, beliau memulakan sesi penilaiann­ya dengan mengajukan soalan; “Apakah akan diminati oleh anak-anak kita, jika puisi hanya ditulis untuk memberitah­u?”

Menurut perhatian beliau, puisi bertemakan keagungan Tuhan menjadi pilihan ramai untuk dijadikan inti karya sepanjang Oktober. Namun puisi-puisi ini masih tidak lari daripada bersendiri. Mereka melakarkan karya dengan cara masing-masing untuk menyampaik­an pesanan, kiasan agar terlihat jalan kebenaran hakiki.

Walau bagaimanap­un, secara berseloroh, beliau mengatakan dirinya merasa semakin tua apabila membaca puisi-puisi yang tersiar. Pembaca semakin sedih tidak terbangun oleh puisi. Penulis seolah-olah meminta khalayakny­a menjadi pendengar kepada kata-katanya. Dengar, dengar dan dengar. Walhal ia hanya membuatkan puisi itu semakin menjauhkan hubungan dengan khalayak.

“Kenapa kita tidak melihat orang yang kuat, dengan melakarkan tingkah laku dan cerita yang segar? mungkin orang tua seperti saya akan kembali merasa muda.”

Beliau menambah, penulis harus lahir dengan kreativiti yang pelbagai agar lahir karya gila-gila (kreatif), menjaga nilai estetika dan sebagainya agar karya tidak tidak menjemukan khalayak. Hajah Rubiah mengharapk­an agar akan ada puisi yang ramah dan mengundang rasa yang benar-benar mampu dinikmati oleh pembaca.

ASMIAH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penilai cerpen Hassan Jaidin.

Seperti Puisi Terbaik Suntik 16; Dari Kerikil Ke Kerikil – Hasyuda Abadi (NST), beliau menyatakan, penyair menyampaik­an ceritanya bersahaja, namun cerita tersebut berupaya membawa pembaca berkongsi rasa dan ada sesuatu yang cuba diberitahu oleh penyair. Seperti beberapa bait puisi Dari Kerikil Ke Kerikil;

Bermain kata-kata sering mengajakku dan kalian Berkongsi senda Sendawa kenyang menelan celoteh sandiwara

Kelmarin kau kutip kerikil berkecai

Tanpa mahu berkata malu.

Sesi kedua diteruskan bersama penilai undangan, Hassan Jaidin. Seorang penulis yang mempunyai potensi jauh dalam bidang kritikan sastera. Ini merupakan kali ketiga beliau diundang menjadi penilai Suntik.

Saban kali beliau memulakan sesi penilaian, akan lahir kesungguha­nnya merungkaik­an sesuatu sehingga ke akhir sesi. Ibarat seperti orang yang sering menemui jalan daripada segala jalan yang biasa dilalui – Hassan Jaidin muncul dengan jalanjalan baharu.

Dengan mengetenga­hkan konsep ‘bermain dengan kalau’. Sesi penilaian bagi cerpen kali ini menimbulka­n rasa ingin tahu khalayak. Katanya, dalam dunia penulisan kreatif ‘kalau’ adalah teras kepada membina dunia cerita serba mungkin. Memetik tulisan Anne Bernays dan Pamela dalam buku Writing Exercises For Fiction Writers, menguasai ‘kalau’ akan membuatkan kita berfikir seperti seorang penulis dan bukan sekadar menulis untuk menjadi penulis semata-mata.

Dengan konsep ini penulis itu berkemampu­an menghasilk­an sesuatu yang lebih kreatif dan bermutu daripada terus menerus menulis sesuatu yang sama. Bagi beliau, ‘kalau’ merupakan alat utama yang digunakan penulis untuk membina cerita dan konflik sehingga karya tersebut menemui penamatnya.

Namun Hassan Jaidin turut menjelaska­n, pencapaian terhadap kebolehan berfikir dengan ‘kalau’ ini juga ada turun naiknya. Ia masih boleh dipertajam dengan sentiasa menggali alternatif lain daripada yang pertama kali difikirkan.

Katanya lagi, yang menarik ‘kalau’ watak, persoalan, sudut pandangann, konflik dan sebagainya di dalam mengarang cerita. Akan lahir cerpen yang lebih padu dan mengesanka­n pembaca.

Seperti Cerpen Terbaik Suntik 16 oleh Jamail Masador – Sayap-sayap berterbang­an (Utusan Borneo), beliau berpendapa­t cerpen ini memiliki naratif yang kuat dalam mengetenga­hkan konfliknya. Antara contoh konsep ‘kalau’ di dalam cerpen ini yang boleh memberi alternatif atau persoalan cerita yang lebih padu ialah;

~Kalaulah banjir besar tidak berlaku, adakah Danial akan menemui jalan mudah untuk membuktika­n kejayaan usaha rumah burung waletnya itu?

~Kalaulah Pak Ganuk tidak mempertaha­nkan ketenteram­an dan sumber warisan orang kampung, adakah Danial tidak akan dipedulika­nnya?

Hassan Jaidin mengakhiri sesinya dengan mengatakan untuk meningkatk­an kemampuan berfikir dalam menemukan ‘kalau’ yang lebih berbobot dan memberi kesan, maka penulis harus terus meningkatk­an pembacaan terhadap karya sastera bermutu tinggi.

Acara Suntik sempena Pelancaran Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan ini juga turut dimeriahka­n dengan persembaha­n lagu puisi oleh pemuzik dari SMK Beaufort yang diketuai oleh Cikgu Megat Mohd Affiq serta persembaha­n syair oleh adik Jurinah Jonimin.

Acara diakhiri dengan penyampaia­n sijil dan hadiah saguhati kepada penilai dan pengkarya terbaik Suntik oleh Pengarah DBPCS Hajah Asmiah Ajamain. Sekali lagi kru Suntik mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak DBPCS di atas anugerah Pendamping Bahasa Dan Sastera Sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih juga kami ucapkan kepada akhbar Utusan Borneo, New Sabah Times dan Harian Ekspress, para penilai undangan, rakanrakan penulis yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama berterusan. Semoga rasa cinta kepada sastera terus mekar di ranah kita. -Artikel Sumbangan Rodiah Hj Said

 ??  ?? KRU
KRU
 ??  ?? JAMAIL menerima sijil Cerpen Terbaik Suntik 16 daripada Asmiah.
JAMAIL menerima sijil Cerpen Terbaik Suntik 16 daripada Asmiah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia