Utusan Borneo (Sabah)

MASwings henti 8 laluan domestik Sabah, S’wak 1 Jan

Keputusan menarik balik perkhidmat­an laluan itu diputuskan kerajaan Malaysia sebagai sebahagian PSO dengan MOT

-

KUCHING: MASwings akan menghentik­an operasi lapan laluan domestik di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Menurut kenyataan akhbarnya pada Jumaat, laluan yang terjejas ialah Kota Kinabalu-Sandakan-Kota Kinabalu, Kota KinabaluTa­wau-Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Miri-Kota Kinabalu, Kota KinabaluSi­bu-Kota Kinabalu.

Selain itu, Kota KinabaluBi­ntulu-Kota Kinabalu, Kuching-Sibu-Kuching, Kuching-Bintulu-Kuching dan Kuching-MiriKuchin­g.

Menurutnya, keputusan menarik balik perkhidmat­an laluan tersebut telah diputuskan oleh kerajaan Malaysia menerusi Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) sebagai sebahagian daripada Perjanjian Obligasi Perkhidmat­an Awam (PSO) yang baharu dimeterai di antara MASwings dan MOT.

Laluan-laluan tersebut telah dikeluarka­n oleh kerajaan menerusi Perjanjian PSO yang baharu kerana ia tidak lagi berada di bawah definisi PSO di bawah Akta Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM).

Bagaimanap­un katanya, keputusan itu tidak akan mengganggu perkhidmat­an udara ke destinasi berkenaan kerana terdapat syarikat penerbanga­n komersial lain yang beroperasi.

Pihak MASwings telah memaklumka­n kepada para penumpang yang terjejas melalui e-mel, pesanan mesej ringkas SMS dan panggilan telefon dengan memberi pilihan untuk menukar tarikh perjalanan mereka ke tarikh yang lebih awal, tertakluk kepada kekosongan tempat duduk atau untuk dibayar balik sepenuhnya.

Untuk pertanyaan lanjut, pelanggan boleh menghubung­i Pusat Panggilan 24 jam Malaysia Airlines menerusi 1300 88 3000 (dalam Malaysia) dan +6 03 7843 3000 (di luar Malaysia) atau ejen pelanconga­n masing-masing atau melawat pejabat tiket Malaysia Airlines/ MASwings.

 ??  ?? MOHD Dzuraidi semasa ditemui media di Kuching pada Jumaat. - Gambar Chimon Upon
MOHD Dzuraidi semasa ditemui media di Kuching pada Jumaat. - Gambar Chimon Upon

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia