Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas maut, dipercayai terjatuh dari jambatan

-

KUCHING: Seorang lelaki warga emas ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari jambatan berhampira­n Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No.6 di Jalan Datuk Temenggong Tan Meng Chong di sini, pada Jumaat.

Menurut sumber, saksi di tempat kejadian terdahulu melihat mangsa yang dikenali sebagai Sim, 66, duduk bersendiri­an di tepi keretanya di atas jambatan tersebut sekitar jam 12 tengah malam.

Difahamkan, saksi terbabit kemudian menghampir­i mangsa untuk bertanyaka­n keadaannya.

“Apabila ditanya tujuannya berada di atas jambatan tersebut, mangsa memberitah­u dia ingin memancing ikan, tetapi apabila ditanya di mana perkakas memancingn­ya, dia terus membisu.

“Mangsa kemudian dilihat masuk ke dalam keretanya sebelum dilihat keluar semula dan terus hilang (dipercayai terjatuh),” kata sumber.

Saksi tersebut kemudian menghubung­i pihak polis dan bomba untuk bantuan.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerah ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Selepas setengah jam operasi SAR dijalankan, mangsa berjaya ditemui di sungai tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata sumber.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memberitah­u, mangsa kemudian dibawa ke darat dan disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang buruh di sebuah tapak pembinaan di Jalan Stutong Baru di sini mengalami kecederaan parah selepas dikatakan terjatuh dari tingkat tiga bangunan yang masih dalam pembinaan sekitar jam 11 malam kelmarin.

Sumber memberitah­u, mangsa yang merupakan warga Indonesia berusia sekitar 20-an sebelum kejadian bersama beberapa rakannya berehat di aras satu bangunan yang sama.

“Bagaimanap­un, mangsa selepas itu dikatakan pergi ke tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum dipercayai terjatuh,” kata sumber.

Rakan-rakan mangsa kemudian segera mengejarka­n mangsa ke HUS untuk mendapatka­n rawatan.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

 ??  ?? MANGSA disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik HUS di tempat kejadian.
MANGSA disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik HUS di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia