Utusan Borneo (Sabah)

Tiga subsidiari Scomi Group mohon pengurusan kehakiman

-

KUALA LUMPUR: Tiga anak syarikat Scomi Group Bhd telah memohon pengurusan kehakimand­aripadaMah­kamah Tinggi Shah Alam yang menjadi sebahagian daripada langkah penyusunan semula kewanganny­a.

Syarikat terbabit adalah Scomi Engineerin­g Bhd, Scomi Rail Bhd dan Scomi Transit Project Brazil (Sao Paulo) Sdn Bhd dan langkah penyusunan semula itu bertujuan memperkuku­h kedudukan syarikat berkenaan.

“Pengurusan kehakiman itu merupakan mekanisme penyelamat korporat mengikut Akta Syarikat 2016 yang memberi kerangka rehabilita­tif untuk syarikat-syarikat yang mengalami kemelut kewangan, dipulihkan semula.

“Ia akan memberi perlindung­an sementara kepada syarikat itu daripada sebarang prosiding undang-undang (difailkan) oleh pihak ketiga ketika ia sedang menjalani usaha rehabilita­tif tersebut,” katanya.

Scomi mencatatka­n kerugian bersih RM27.91 juta bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Sept, 2018 manakala kerugian bersihnya setakat tahun ini mencecah RM53.52 juta.

“Permohonan pengurusan kehakiman oleh tiga syarikat itu telah dibuat demi pihak berkepenti­ngannya dengan matlamat untuk menyelamat­kan syarikat itu.

“Kumpulan ini percaya langkah itu akan membolehka­n usaha rehabilita­tif dipertimba­ng dengan matlamat untuk memperkuku­h keupayaan syarikat tersebut di bawah pengurusan kehakiman bagi menyelesai­kan semua proses semasa serta melaksanak­an komitmen berkontrak kepada para pelanggan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia