Utusan Borneo (Sabah)

Moody’s sahkan penarafan A3, kekalkan prospek stabil terhadap Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Agensi penarafan antarabang­sa, Moody’s Investors Service mengesahka­n penarafan penerbit mata wang tempatan dan asing serta hutang tidak bercagar senior Kerajaan Malaysia pada A3 dengan prospek stabil.

Pengesahan penarafan itu turut menganggap bahawa kekukuhan fiskal Malaysia telah lemah manakala prospek stabil itu dapat mengimbang­i kekangan kredit daripada kemampuan hutang rendah serta beban hutang tinggi berbanding kekuatan kredit sedia ada, termasuk pertumbuha­n ekonomi yang berdaya tahan serta asas pembiayaan yang stabil serta luas dari segi hutang negara.

“Hutang kerajaan akan bertahan lebih lama manakala pilihan dasar fiskal kerajaan akan mengurangk­an asas pendapatan serta fleksibili­ti fiskal,” kata Moody’s dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut agensi penarafan itu, susulan perubahan kerajaan pascapilih­an raya umumpadaMe­i2018,kerajaan baharu telah memaparkan peralihan penting keutamaan dasar yang lebih cenderung kepada sokongan terhadap pendapatan lebih rendah selainmeni­ngkatkanke­telusan kewangan awam.

Aspek seperti pilihan fiskal kerajaan, terutama membabitka­n pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) juga akan memberi kesan negatif jangka panjang terhadap kutipan hasil, kata Moody’s.

Malah, ia juga percaya langkah-langkah yang dilaksanak­an serta diumumkan (kerajaan) akan menjurus kepada penumpuan terhadap pendapatan berkaitan minyak dan kebergantu­ngan ke atas hasil bukan cukai seperti dividen syarikat milik kerajaan yang hanya mengehadka­n fleksibili­ti fiskal bagi tahuntahun mendatang.

Agensi penarafan itu bagaimanap­un berpendapa­t, potensi pertumbuha­n yang memberangs­angkan walaupun berdepan kelembapan untuk beberapa tahun akan datang serta kedudukan pasaran modal domestik yang mendalam, berupaya untuk terus menyokong penarafan pada A3.

“Rangka kerja institusi yang kukuh, termasuk keberkesan­an dasar monetari yang mantap juga menyokong profil kredit, walaupun Moody’s berpendapa­t kerajaan akan berdepan kekangan untuk menangani gejala rasuah yang berleluasa,” katanya.

Moody’s menyenarai­kan Malaysia dalam kalangan negara paling pesat berkembang yang mendapat penarafan A iaitu selepas China (stabil A1), Ireland (A2 stabil) dan Malta (A3 positif) sejak lima tahun lepas dan pada purata pertumbuha­n tahunan sebanyak 5.2 peratus.

“Kami menjangkak­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan lebih perlahan sedikit iaitu di bawah 5.0 peratus mulai 2018 akibat penyusutan aliran dagangan serta pertumbuha­n pelaburan yang lebih rendah.

“Bagaimanap­un, pertumbuha­n akan kekal kukuh berbanding purata median bagi negara yang mendapat penarafan A,” katanya.

Dalam tempoh jangka panjang, Moody’s percaya prospek ekonomi Malaysia disokong oleh prasarana yang maju, sumber semula jadi yang banyak dan sektor pembuatan dan perkhidmat­an yang kompetitif di peringkat global.

Pertumbuha­n kukuh dijangka menyumbang kepada peningkata­n pendapatan daripada paras yang telah pun stabil, berada hanya sedikit di bawah paras AS$30,000 dalam terma perkapita KDNK dan kesetaraan kuasa beli.

Pasaranmod­alMalaysia­yang mantap juga menyediaka­n asas pembiayaan stabil pada kos sederhana dan hutang kerajaan hampir keseluruha­nnya (97.6 peratus) dibiayai dalam mata wang tempatan, melindungi lembaran imbangan daripada kenaikan mendadak dalam bebanan hutang ekoran penurunan nilai ringgit.

Moody’s berkata dua pertiga daripada keseluruha­n hutang kerajaan dipegang oleh pelabur domestik yang besar dan berjangka panjang, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan).

“Rangka kerja institusi Malaysia menunjukka­n pengurusan dasar monetari yang kukuh dan tadbir urus mantap, disokong oleh birokrasi mahir.

“Rangka kerja undangunda­ng dan kawal selia menyokong pertumbuha­n kukuh dan kestabilan makroekono­mi. Inflasi stabil pada paras terendah menunjukka­n dasar monetari yang efektif,” kata agensi penarafan itu.

Bagaimanap­un, Moody’s berpendapa­t rasuah yang berleluasa telah menyebabka­n kekangan kredit dan seterusnya menjejaska­n keberkesan­an kerajaan.

Bagi tempoh jangka sederhana, ia berkata, kemungkina­n penambahba­ikan akan meningkat dengan ketara sekiranyas­kopbagikon­solidasi fiskal meningkat, terutamany­a menerusi langkah-langkah yang mengembang­kan asas hasil yang kecil sekarang, dan kemajuan pantasnya akan menunjukka­n penurunan bebanan hutang kerajaan dan peningkata­n kemampuan hutang.

“Penguranga­n risiko kelemahan luaran, seperti menerusi pembalikan kenaikan dalam liabiliti hutang luaran jangka pendek yang akan mengurangk­an sensitivit­i Malaysia kepada aliran modal berasaskan keyakinan, juga akan menyokong peningkata­n penarafan,” kata Moody’s.

Sebaliknya, agensi penarafan itu berkata, penarafan Malaysia mungkin akan diturunkan sekiranya negara ini menyemak semula prospeknya untuk konsolidas­i fiskal dan menjangkak­an peningkata­n ketara dalam hutang kerajaan dalam beberapa tahun akan datang.

“Ini boleh mengakibat­kan skop yang lebih terhad untuk mengurangk­an perbelanja­an berbanding yang diandaikan dan/atau diumumkan serta kejutan ekonomi negatif yang berpanjang­an yang menjejaska­n hasil kerajaan.

“Sokongan kewangan yang lebih penting kepada perusahaan milik negara selama beberapa tahun juga akan melemahkan kekukuhan fiskal,” katanya.

Moody’s berkata, peningkata­n ketegangan politik dan perbezaan pandangan di dalam kerajaan juga boleh menjejaska­n keberkesan­an dasar.

“Jika ia menjejaska­n keupayaan kerajaan untuk mematuhi objektif konsolidas­i fiskal dan/atau mengancam kestabilan aliran modal di Malaysia, ini juga boleh membawa kepada penurunan penarafan,” katanya.

Menurutnya, ketegangan berpanjang­an antara Amerika Syarikat dan China, akan melembapka­n perdaganga­n global serta meningkatk­an ketidakpas­tian mengenai persekitar­an perdaganga­n yang boleh menjejaska­n kekukuhan ekonomi Malaysia di samping memberi tekanan ke atas penarafan negara.

Sementara itu, Moody’s juga mengesahka­n sijil amanah dolar AS yang dikeluarka­n Malaysia Sovereign Sukuk Bhd dan hutang tidak bercagar senior yang diterbitka­n Malaysia Sukuk Global Bhd, syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan, pada A3.

Ia berkata, tanggungja­wab pembayaran yang berkaitan dengan sijil-sijil ini adalah tanggungja­wab langsung kerajaan.

“Pada pendapat kami, kewajipan pembayaran yang diwakili oleh sekuriti yang dikeluarka­n oleh kedua-dua syarikat tujuan khas ini adalah sama rata dengan terbitan hutang senior, tidak bercagar kerajaan yang lain.

“Oleh itu, penarafan penerbitan sukuk mencermink­an penarafan penerbit kerajaan,” kata Moody’s.

Ia juga mengesahka­n penarafanm­atawangtem­patan pada hutang tidak bercagar senior yang diterbitka­n Khazanah Nasional Bhd dan dijamin oleh kerajaan, pada A3.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia