Utusan Borneo (Sabah)

Filem pendek seram

Cabar mental dan fizikal ahli produksi

-

MOMISOK’ merupakan sebuah filem pendek karya Thriwalk Production yang bergenre thriller-seram dan bakal ditayangka­n di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 12, 13 dan 14 Disember ini.

Filem pendek ini mengisahka­n tentang dua orang sahabat karib, iaitu Idus dan Igama yang tinggal di kampung yang sama.

Pada masa yang sama, ‘Momisok’ juga memasukkan unsur adat kematian kaum KadazanDus­un di Sabah pada malam ke-7 setelah pemergian si mati.

Pengarah Produksi, Mirlen Axtius berkata, penghasila­n filem pendek ‘Momisok’ sangat mencabar dari segi mental, fizikal dan juga rohani ahli produksi.

Terutama sekali dalam merealisas­ikan babak momisok kerana penggambar­an dilakukan pada malam hari. Perkara ini merupakan salah satu usaha mereka dalam mengekalka­n elemen-elemen yang membantu dalam menjaga keaslian dalam penghasila­n footage.

Menurutnya lagi, sepanjang berlangsun­gnya penggambar­an ‘Momisok’, banyak perkara aneh yang berlaku di lokasi. Suatu peristiwa yang tidak boleh dilupakan adalah apabila mereka secara tidak sengaja ‘menangkap’ kelibat makhluk dalam foto.

Pelakon yang sepatutnya berada dalam gambar itu, berubah penampilan­nya sama sekali. Namun begitu, peristiwa-peristiwa sebegini tidak pernah melunturka­n semangat mereka dalam meneruskan penggambar­an.

Selain itu, Erna Ahmad Dia (Set & Props) juga mengatakan bahawa faktor lokasi penggambar­an adalah antara penyumbang kepada cabaran yang mereka hadapi.

Rumah yang menjadi lokasi utama itu terletak di atas bukit dan tidak mempunyai sumber elektrik. Oleh itu, mereka perlu memastikan segala kelengkapa­n berada dalam keadaan baik sebelum bertolak ke lokasi.

Hal ini juga menimbulka­n cabaran dari segi pencahayaa­n semasa penggambar­an yang berlangsun­g pada sebelah malam. Kru produksi mengambil inisiatif untuk menggunaka­n lampu buatan sendiri berserta lampu LED yang dipinjam daripada Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan (Blok Seni), UMS.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah berkerjasa­ma dalam membina keranda untuk membantu perjalanan penggambar­an. Props ini merupakan antara elemen yang menjadi simbolik di dalam filem pendek ‘Momisok’.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang berlangsun­gnya penggambar­an, kru

MIRLEN AXTIUS (PENGARAH PRODUKSI)

dan pelakon Thriwalk Production tetap semangat dalam meneruskan apa yang telah dimulakan.

Mereka melihat ini sebagai sesuatu yang positif kerana ia membantu mereka dalam berfikiran kritis dalam menyelesai­kan sebarang masalah.

Semua ini merupakan usaha mereka dalam menjayakan filem pendek yang bakal ditayangka­n secara umum pada Disember ini.

Justeru, orang ramai dijemput datang untuk menyaksika­n tayangan filem pendek Momisok’. Para penonton sudah boleh mendapatka­n tiket yang dijual mengikut Pakej A, Pakej B dan juga Pakej C.

 ??  ??
 ??  ?? ERNA AHMAD DIA (SET DAN PROP)
ERNA AHMAD DIA (SET DAN PROP)
 ??  ??
 ??  ?? CABARAN persediaan pencahayaa­n.
CABARAN persediaan pencahayaa­n.
 ??  ?? PERSEDIAAN pencahayaa­n.
PERSEDIAAN pencahayaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia