‘Sepong Janggi’ filem bergenre epik sarat aksi
FILEM pendek ‘Sepong Janggi’ bakal ditayangkan di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 13,14 dan 15 Disember ini.
Menjelang penayangan sempena Skrin Digital UMS itu, Akinabalu Production membuktikan kekangan masa bukan penghalang untuk kru dan pelakon produksi terus bersemangat menyiapkan filem pendek ‘Sepong Janggi’.
Pengarah Akinabalu Production
Ali Toupan Rajalee berkata, beliau sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan pelakon dalam usaha menyiapkan filem pendek ini. “Pemahaman yang jelas dalam watak dan karakter yang dibawa oleh pelakon telah memudahkan pengurusan produksi ini bergerak dengan lancar sekali gus memberikan kami kekuatan untuk terus bersemangat.
“Semangat ini dapat dilihat pada babak-babak yang mencabar seperti di babak yang memerlukan aksi dan memerlukan kekuatan fizikal sebagai alat.
“Pelakon cukup memberi apa yang kami mahu dan mereka cukup profesional dalam bekerjasama dengan pihak produksi,” katanya.
‘Sepong Janggi’ adalah sebuah filem bergenre epik yang sarat dengan aksi perebutan kuasa dan ketamakan Laga telah membawa pemburuan terhadap Rabong. Proses penyerahan Sepong Janggi mendapat tentangan daripada Laga sehingga menyebabkan pembunuhan terhadap Rabong.
Menurut Amir Sarif yang merupakan pengarah di sebalik tabir produksi ini, semangat sebegini yang ada pada pelakon perlu dikekalkan dan ia hal yang positif yang perlu diraih dalam produksi.
Mengulas berkaitan persiapan menjelang penayangan filem ‘Sepong Janggi’, Amir berkata Akinabalu Production telah bersedia dan hanya perlu memperbaiki sedikit sahaja lagi untuk memantapkan lagi filem berkenaan.
Beliau juga menjemput orang ramai di sekitar UMS dan sekitar Kota Kinabalu untuk hadir beramai- ramai menyaksikan filem ‘Sepong Janggi’.
Maklumat lanjut boleh diikuti di laman sosial Facebook dan Instagram Akinabalu Production.