Utusan Borneo (Sabah)

Adib masih guna beberapa mesin sokongan pulih organ

-

PEKAN:Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 yang parah dipukul perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, Selangor masih lagi bergantung kepada beberapa mesin sokongan untuk memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata perkara itu dimaklumka­n oleh doktor pakar Insitut Jantung Negara (IJN) yang memantau rapi perkembang­an anggota bomba berkenaan sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu pada malam 28 Nov lalu.

“Pada hari ini keadaannya masih lagi kritikal tetapi stabil, namun telah banyak menunjukka­nperkemban­gan yang positif dan kami percaya beliau mempunyai kekuatan untuk sembuh semula dengan bantuan serta usaha oleh doktor-doktor pakar IJN.

“Pihak doktor pakar juga menyatakan beberapa peralatan bantuan masih digunakan untuk pastikan fungsi pernafasan, aliran darah dan jantung dapat dipulihkan ke tahap optima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaa­n Darjah dan Pingat Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu seramai 178 individu menerima darjah dan kurniaan pingat yang disempurna­kan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Mohammad Hamdan dikurniaka­n Darjah Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Awal bulan ini, doktor telah pun menghentik­an mesin sokongan jantung kepada Muhammad Adib apabila jantungnya didapati telah mampu berfungsi sendiri.

Sementara itu beliau turut menasihati orang awam supaya menghindar­i kawasan rekreasi yang berisiko tinggi terutama pada musim cuti sekolah dan musim tengkujuh ini untuk mengelakka­n sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Taburan hujan kali ini kami percaya bukanlah seperti 2014, tetapi kami tidak menolak kemungkina­n perubahan cuaca itu boleh menyebabka­n berlaku kenaikan air pasang dan hujan secara mendadak.

“Sentiasa peka dengan amaran dan arahan yang dikeluarka­n oleh Jabatan Meteorolog­i serta agensi yang berkenaan berkaitan dengan pengurusan bencana banjir ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya cuti lebih 10,000 anggota dan pegawai JPBM di seluruh negara telah dibekukan sementara, sebagai persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh dan banjir terutama tiga negeri di pantai timur, Kedah serta Pulau Pinang.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia