Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pemain besbol liga besar Amerika terbunuh di Venezuela

-

CARACAS: Empat orang telah ditangkap di Venezuela berhubung kematian dua bekas pemain besbol liga besar Amerika, Luis Valbuena dan Jose Castillo, dalam satu nahas yang berlaku apabila pencuri meletakkan batu besar di lebuh raya untuk merosakkan van mereka.

Gabenor negeri Yaracuy, di mana insiden itu berlaku, mengumumka­n penangkapa­n itu kelmarin, sehari selepas Valbuena, 33, dan Castillo, 37, maut dalam perjalanan mereka pulang ke Barquisime­to selepas bermain untuk Cardenales de Lara dalam perlawanan menentang Los Leones dari Caracas.

Batu yang diletakkan penjenayah di atas jalan dalam usaha untuk merompak van berkenaan menyebabka­n nahas, menurut laporan polis.

Dua pemain lain, Carlos Rivero dan Raul Alvarez, cedera apabila van terbalik dalam serangan itu, satu strategi serangan yang biasa di Venezuela yang dilanda krisis.

“Kita mengalami tragedi yang dahsyat dalam pasukan Cardenales de Lara, kita kehilangan pemain kita, Luis Valbuena dan Jose Castillo,” pasukan itu menyebut dalam Twitter.

Besbol merupakan obsesi dan aktiviti masa lapang kebangsaan di Venezuela. Presiden negara turut bersuara.

“Saya menyertai kesedihan yang telah mengejutka­n keluarga besbol di Venezuela, dan semua peminatnya,” Presiden Nicolas Maduro menulis dalam Twitter.

Castillo merupakan antara lapan pemain dengan 1,000 ‘hits’ dalam sejarah liga Venezuela.

Beliau pernah bermain bersama pasukan Pittsburgh Pirates, San Francisco Giants dan Houston Astros dalam Liga Besbol Utama antara 2004 hingga 2008, dan bermain dalam Liga Besbol Mexico (LMB) antara 2011 hingga 2016.

Valbuena bermain 11 musim dalam liga-liga utama dan menjadi ejen bebas selepas kontraknya bersama pasukan Los Angeles Angels tamat pada tahun ini.

“Ini adalah hari yang sangat menyedihka­n bagi sukan kita tatkala kita berkabung atas kematian Luis Valbuena dan Jose Castillo,” pesuruhjay­a MLB Rob Manfred menyebut dalam satu kenyataan kelmarin.

“Ia adalah jelas daripada semua laporan pada hari ini bahawa mereka amat menyukai besbol dan memberi impak ke atas rakan sepasukan dan kelab yang mereka wakili.

“Bagi pihak Liga Besbol Utama, saya menyampaik­an ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga, rakan dan peminat mereka, khususnya di negara asal mereka, Venezuela.” — AFP

 ??  ?? GAMBAR ini diambil pada 17 November 2012 menunjukka­n Jose Castillo beraksi semasa perlawanan besbol di stadium Universita­rio di Caracas. Empat orang telah ditangkap di Venezuela berhubung kematian dua bekas pemain besbol liga besar Amerika, Luis Valbuena dan Jose Castillo kelmarin. — Gambar AFP
GAMBAR ini diambil pada 17 November 2012 menunjukka­n Jose Castillo beraksi semasa perlawanan besbol di stadium Universita­rio di Caracas. Empat orang telah ditangkap di Venezuela berhubung kematian dua bekas pemain besbol liga besar Amerika, Luis Valbuena dan Jose Castillo kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia