Utusan Borneo (Sabah)

Lahir generasi muda benci rasuah

Selitkan pendidikan antirasuah dalam buku teks: MCPF

-

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia (MCPF) mencadangk­an kepada Kementeria­n Pendidikan (MOE) supaya memasukkan pendidikan antirasuah dalam mata pelajaran agama dan pendidikan moral.

Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata, unsur pendidikan antirasuah wajar diperkenal­kan bermula Tahun Lima agar sejak kecil lagi, pelajar sudah membenci rasuah, sama seperti mereka dididik supaya membenci dadah.

“Diharapkan, Kementeria­n Pendidikan akan memberi sokonganny­a agar cadangan ini menjadi kenyataan dengan memperkena­lkan subjek pencegahan rasuah dalam mata pelajaran moral.

“Cara paling wajar dan berkesan untuk mencegah rasuah ialah dengan memulakann­ya di peringkat sekolah kerana ia boleh membantu melahirkan generasi muda Malaysia yang bencikan dan menolak rasuah dalam sebarang bentuk,” kata beliau dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Lee juga berkongsi laporan Suruhanjay­a Pencegahan RasuahMala­ysia(SPRM)yang menunjukka­n peningkata­n kecenderun­gan dalam kalangan mahasiswa untuk menerima rasuah sekiranya mereka memegang kuasa dan berpeluang untuk berbuat demikian.

Kajian SPRM pada 2016 itu menunjukka­n 16 peratus daripada 1,000 pelajar yang menjadi responden bersedia menerima rasuah, manakala 18.5 peratus lagi bersedia menerima suapan sekiranya mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan.

Lee turut berkongsi hasil kaji selidik tentang Persepsi Pelajar Tentang Rasuah oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) bahawa seorang daripada setiap tiga pelajar universiti tempatan berpendapa­tmenerimah­adiah dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmat­an sebagai ganjaran bagi perkhidmat­an yang diberi, bukan merupakan rasuah.

“Kita perlu asuh pelajar dengan nilai moral sejak mereka muda lagi supaya apabila mereka meninggalk­an alam persekolah­an atau universiti untuk memasuki dunia bekerja, mereka sudah mempunyai kesedaran tentang perlunya mereka tidak terbabit dengan rasuah,” katanya.-Bernama

“Cara paling wajar dan berkesan untuk mencegah rasuah ialah dengan memulakann­ya di peringkat sekolah kerana ia boleh membantu melahirkan generasi muda Malaysia yang bencikan dan menolak ” rasuah dalam sebarang bentuk TAN SRI LEE LAM THYE Naib Pengerusi Kanan MCPF

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia