Utusan Borneo (Sabah)

Konvensyen DAP Selangor 2018 lulus tujuh resolusi

-

PETALING JAYA: Konvensyen DAP Selangor 2018 di sini meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan meneruskan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Parti itu juga menggesa kerajaan Selangor melaksanak­an semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memperluas­kan demokrasi serta memberi peluang calon-calon tempatan memegang jawatan-jawatan penting dalam Majlis Tempatan.

Resolusi itu juga menggesa kerajaan Pusat terus komited dalam menghapusk­an Akta Hasutan serta akta-akta lain yang menindas rakyat.

Resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang hadir. Ia diumumkan oleh speaker, Leong Yu Man, anggota Dewan Undangan Negeri Triang.

Seramai 756 perwakilan daripada 1,092 anggota yang layak menghadiri konvensyen itu pada Ahad.

DAP Selangor dalam resolusi itu juga menyokong penuh Belanjawan 2019 dan akan membantu warga Selangor untuk memahami intipatiny­a dengan mengadakan sesi taklimat, sesi soal jawab dan publisiti.

Ia turut menyeru agar kerajaanPu­satmelaksa­nakan janji Manifesto Pakatan Harapan yang mahu memastikan pertambaha­n 10,000 unit bas awam di seluruhneg­aradalampe­nggal pertama pentadbira­n sebagai langkah penambahba­ikan sistem pengangkut­an awam sehingga tahap optimum dapat dicapai.

Parti itu juga meminta penerusan pembaharua­n dalam pasukan polis seperti penubuhan Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dah perubahan polisi-polisi lain bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap polis.

DAP Selangor turut menggesa pengiktira­fan Unified Examinatio­n Certificat­e (UEC) setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia