Utusan Borneo (Sabah)

Ramai dalam kalangan masyarakat masih tidak faham HIV/AIDS

-

SIBU: Ramai dalam kalangan masyarakat ketika ini tidak memahami HIV/AIDS dan beranggapa­n penyakit itu tidak boleh dirawat.

Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung berkata, oleh yang demikian ramai yang berasa takut serta tidak mahu mendekati pesakitnya.

“Penyakit HIV/AIDS tidak dapat disembuhka­n, tetapi ia boleh dirawat. Malah pada hari ini, kami menganggap­nya sebagaipen­yakitkroni­kseperti diabetes dan hipertensi,” ujarnya.

Dr Ngian berkata demikian semasa berucap merasmikan Larian Race Against Stigma yang dianjurkan oleh Unit Penyakit Berjangkit (ID) Hospital Sibu di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.

Larian sejauh lima kilometer itu menarik seramai 655 peserta yang kebanyakan­nya terdiri daripada doktor, jururawat dan masyarakat setempat.

Beliau memberitah­u, penghidap penyakit tersebut tidak seharusnya terlalu bimbang kerana ia masih boleh dirawat dan dikawal.

Beliau berkata, terdapat empat elemen penyakit tersebut boleh merebak iaitu seks bebas, berkongsi jarum suntikan, jangkitan melalui janin dan darah.

“Ia tidak boleh merebak melalui persentuha­n tangan, memeluk, mencium, berkongsi makanan yang sama atau menggunaka­n tandas yang sama.

“Kami menganjurk­an acara ini dengan harapan agar orang ramai lebih mengetahui tentang HIV/AIDS. Kami tidak mendiskrim­inasi atau menghukum mereka (pesakit),” katanya.

Tambah Dr Ngian, masyarakat tidak harus membiarkan pesakit HIV/ AIDS disisihkan, malah bersama-sama membimbing mereka ke arah hidup yang lebih baik dengan lebih terbuka kepada umum.

Sementara itu, larian ini diadakan sempena dengan Hari AIDS Sedunia.

Salah satu objektifny­a ialah mewujudkan kesedaran tentang HIV/AIDS agar tidak menyisihka­n pesakitnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia