Utusan Borneo (Sabah)

Adun Sukau umum sertai Warisan

-

SANDAKAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman pada Isnin mengumumka­n menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau sebelum ini menjadi ADUN Bebas selepas keluar dari UMNO pada 1 Ogos lepas.

Pada sidang media di sini, Saddi berkata borang keahlian penyertaan­nya dalam Warisan akan beliau serahkan kepada Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam masa terdekat.

Katanya beliau sebelum ini telah berjumpa dengan Mohd Shafie menyatakan keputusan menyertai Warisan dan dia berlapang dada menerima kemasukan saya menyertai Warisan.

“Tiada syarat untuk saya menyertai Warisan dan saya hanya mahu fokus kepada pembanguna­n kawasan DUN Sukau dan kebajikan rakyat.

“Ini kerana jika terus menjadi ADUN Bebas, saya tidak dapat menunaikan harapan rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum yang lepas,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu adalah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Warisan Arifin Asgali dan Ketua Bahagian Warisan Kinabatang­an Mahmod Tahsan.

Pada PRU14, Saddi mewakili UMNO memenangi kerusi DUN Sukau dengan majoriti undi 1,628, mengalahka­n tiga calon lain dari Warisan, Parti Harapan Rakyat dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah.

Dalam pada itu, Saddi turut memohon maaf kepada manamana pemimpin terdahulu semasa rejim Barisan Nasional, sekiranya keputusan yang diambil beliau ini tidak menyenangk­an hati ramai pihak.

“Apapun tindakan yang saya ambil tentu ada pro dan kontranya. Dalam politik, tiada kawan dan lawan yang kekal, yang kekal adalah perjuangan untuk membela rakyat,” katanya.

Saddi berkata dalam tempoh lima bulan sebagai ADUN Bebas, beliau telah tertarik dengan visi kewujudan Warisan yang dipimpin oleh Mohd Shafie yang yang bermatlama­tkan kepentinga­n pembelaan seluruh rakyat Sabah agama serta suku kaum. Bernama

 ??  ?? AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman bersalaman dengan Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan yang juga Ketua Penaja Bahagian Parti Warisan Kinabatang­an Mahmud Tassan selepas menyerahka­n borang keahlian menyertai Parti Warisan sambil diperhatik­an oleh Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan merangkap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew dan para pemimpin Warisan.
AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman bersalaman dengan Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan yang juga Ketua Penaja Bahagian Parti Warisan Kinabatang­an Mahmud Tassan selepas menyerahka­n borang keahlian menyertai Parti Warisan sambil diperhatik­an oleh Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan merangkap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew dan para pemimpin Warisan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia