Utusan Borneo (Sabah)

JAYAKAN DASAR K’JAAN Saranan Shafie kepada pegawai daerah seluruh Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pegawai daerah, sebagai pelaksana dasardasar pembanguna­n dan perkhidmat­an awam, mempunyai tanggungja­wab besar dalam memastikan kejayaan pelaksanaa­n dasar berkenaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal berkata, tanggungja­wab diamanahka­n amat penting untuk mengubah landskap pembanguna­n negeri dan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

"Pada masa sama, perkhidmat­an awam juga perlu memberi fokus kepada penambahba­ikan secara berterusan sistem penyampaia­n perkhidmat­an selaras tuntutan dan ekspektasi pelanggan yang semakin meningkat dan bertambah canggih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidanga­n PegawaiPeg­awai Daerah Negeri Sabah, di sini pada Isnin.

Shafie berkata perkhidmat­an awam juga merupakan penyampai kepada hampir semua jenis perkhidmat­an kepada rakyat, sekali gus menjadikan­nya sebagai 'enabler' kepada semua dasar dan program dilaksanak­an untuk rakyat.

"Majlis pada pagi ini mempunyai keistimewa­an tersendiri kerana melibatkan institusi yang merupakan agensi barisan hadapan dalam struktur atau mekanisme sistem penyampaia­n kerajaan," jelasnya.

Katanya, tema persidanga­n pegawaipeg­awai daerah tahun ini, iaitu 'Pemangkin Pertumbuha­n Ekonomi Komuniti Luar Bandar' menepati sepenuhnya hasrat kerajaan bagi memastikan perkhidmat­an awam benarbenar dapat melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab dengan penuh ketelusan dan kejujuran.

"Saya yakin persidanga­n yang diadakan hari ini akan mendatangk­an impak yang diharapkan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah bagi memantapka­n lagi pentadbira­n di luar bandar yang diterajui oleh pejabat daerah dan pejabat daerah kecil," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Shafie berkata pegawai daerah hendaklah kerap turun ke bawah untuk mendengar dan melihat dengan mata sendiri mengenai keadaan di setiap kawasan tadbiran daerah masing-masing.

"Ia penting sebagai pelaksana dasar kerajaan dalam membantu rakyat. Dasar itu boleh digubal oleh mana-mana pakar yang ada tetapi kalau pihak pelaksana gagal mengubalny­a menjadi kenyataan maka dasar itu akan tinggal jadi dasar.

"Kita tidak boleh bantu rakyat di peringkat kementeria­n kalau ada dasar yang tidak disempurna­kan... ada dasar yang diseleweng­kan, ia boleh

Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (duduk lima, kiri) bergambar bersama pegawai daerah seluruh Sabah ketika hadir merasmikan Persidanga­n Pegawai Daerah Negeri Sabah Ke-23 pada Isnin. -

menjejaska­n perancanga­n pembanguna­n," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati pegawai daerah supaya memainkan peranan dengan sebaiknya kerana tidak mahu perancanga­n daerah terjejas.

"Di situlah masjid, di situlah kedai kopi, di situlah kedai menjual kereta, di situlah kelab malam... macamana orang boleh tidur kalau di situlah kelab malam (kadang-kadang muzik kuat di sebelah malam).

"Jadi, ini penting untuk pegawai daerah merancang, mengatur setiap pembanguna­n yang dirancang supaya ia lebih teratur," katanya.

Selain itu tambahnya, pejabat daerah juga hendaklah bergabung dengan agensi-agensi kerajaan Pusat supaya dapat memaksimum­kan perkhidmat­an yang sedia ada.

Sementara itu, Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengalu-alukan kemasukan secara rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman ke dalam parti Warisan.

"Dia dari Umno dan telah nyatakan keinginann­ya untuk menyertai Warisan, dan yang paling penting rakyat di kawasannya perlu dibantu dan dimajukan," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Datuk Hashim Paijan.

 ??  ?? KETUA
KETUA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia