Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan seludup barang tumpas

PPM Tawau rampas pelbagai barangan bernilai RM14,000

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalk­an cubaan membawa keluar barangan kawalan dalam Ops Gelora di kawasan Sg Serudong, di sini, petang Ahad.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata tiga suspek dikesan meloloskan diri dan bot laju mereka juga didapati tidak mempunyai nombor pendaftara­n.

“Bot laju terbabit memecut laju ke arah tebing hutan bakau Sg Serudong semasa cuba ditahan oleh pasukan kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya tiga suspek yang berada di bot itu, disyaki juragan dan dua penumpangn­ya juga dilihat bertindak terjun dari bot dan melarikan diri ke kawasan bakau berhampira­n.

Pajeri berkata hasil pemeriksaa­n yang dijalankan membawa kepada penemuan pelbagai barang kawalan yang dimasukkan ke dalam karung dan tong plastik.

“Nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n lebih RM14,000 melibatkan minyak masak (51kg), gula pasir (170kg), tepung gandum (40kg) dan sembilan tin susu pekat (9kg).

“20 tin susu pekat (10,000 gram), enam pek Milo serbuk (4,600 gram), 24 pek kopi serbuk (2,400 gram) serta makanan ringan dan peralatan memasak,” katanya.

Menurutnya, PPM Tawau turut merampas barangan lain melibatkan sebuah bot laju, sebuah enjin sangkut Yamaha berkapasit­i 40 kuasa kuda, dan satu jerikin minyak petrol.

Beliau berkata penahanan berkenaan dijalankan di bawah Akta Kastam 1967 dan kesemua rampasan terbabit dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

“Bot laju terbabit memecut laju ke arah tebing hutan bakau Sg Serudong semasa cuba ditahan oleh pasukan ” kita. ACP MOHAMAD PAJERI ALI Komander PPM Wilayah 4 Sabah

 ??  ?? KESEMUA barang kawalan yang dirampas dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.
KESEMUA barang kawalan yang dirampas dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.
 ??  ?? JURAGAN dan dua penumpang bot laju ini dilihat melarikan diri ke arah kawasan bakau Sg Serudong Tawau.
JURAGAN dan dua penumpang bot laju ini dilihat melarikan diri ke arah kawasan bakau Sg Serudong Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia