Utusan Borneo (Sabah)

Rasuah dalam perkhidmat­an awam kini ‘amat rendah’: Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Rasuah dalam perkhidmat­an awam turun ke paras ‘amat rendah’ sejak kerajaan baharu memimpin negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

“Pada masa ini, ia (rasuah) amat, amat rendah. Kita sebenarnya tidak menerima laporan mengenai rasuah sejak kerajaan baharu mengambil alih. Sebagaiman­a yang diketahui, dalam kerajaan terdahulu, ramai bercakap mengenai rasuah dalam kerajaan.

“Dari satu sudut, kita telah berjaya mengurangk­an kes rasuah. Namun, mungkin masih terdapat rasuah dan mungkin tidak dapat dikesan oleh kita,” kata beliau semasa menjawab pertanyaan pemberita mengenai sejauh mana masalah rasuah dalam kalangan 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Pemberita menemui Dr Mahathir selepas beliau melancarka­n Konvensyen Pemerkasaa­n Pihak Berkuasa Tempatan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini anjuran Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ditanya sama ada terdapat perangkaan terkini mengenai rasuah, beliau berkata: “Tiada”.

Semasa ditanya mengenai sama ada Malaysia bersedia untuk pilihan raya majlis tempatan, Dr Maha t h i r berkata ia tidak mungkin berlaku dan menambah bahawa pilihanray­a itu akan mewujudkan konflik perkauman dan perpecahan di bandar dan luar bandar.

“Tiada pilihan raya majlis tempatan. Pilihan raya majlis tempatan boleh memberikan hasil yang salah. Bandar mungkin berbeza, luar bandar mungkin berbeza. Konflik boleh berlaku dan mungkin perbezaan perkauman,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dilaporkan berkata pada Julai lepas bahawa kementeria­n berhasrat mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa tiga tahun dan pilihan raya itu hanya dapat dilakukan setelah “keadaan kewangan dan ekonomi negara stabil”.

Menjawab soalan jika Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menerima keputusan kerajaan bahawa Pulau Kukup harus dikekalkan sebagai taman negara, Dr Mahathir berkata: “Itu pendirian kerajaan persekutua­n. Saya harap Johor akan terima. Kita tidak menyentuh mengenai Sultan.

“Apa yang kita katakan ialah Pulau Kukup tidak perlu dibangunka­n, ia harus kekal sebagai hutan simpan terutamany­a sebagai hutan bakau. Kita tidak mahu hutan bakau ditebang untuk membangunk­an pulau itu.”

Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata tanah itu mungkin milik Sultan atau Sultanah tetapi ia tidak boleh dibangunka­n.

Mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim?? bahawa kerajaan persekutua­n tidak boleh terlibat dalam perkara tanah negeri, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia dan kerajaan Persekutua­n bukan orang luar.

“Sebaliknya, kami (kerajaan persekutua­n) bertanggun­gjawab terhadap segala yang berlaku di negara ini,” katanya.

Mengenai catatan Instagram cucunya, Melia Serena Mukhriz, yang merujuk peserta perhimpuna­n menolak ratifikasi ICERD sebagai ‘menjijikka­n’, Dr Mahathir menjawab beliau bebas untuk memberi komen, dan berkata: “Anda boleh bertanya kepadanya”. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia