Utusan Borneo (Sabah)

CityOne Megamall kini beroperasi semula

-

KUCHING: Suasana di pusat beli-belah Cityone Megamall yang beroperasi semula hari ini selepas terbabit insiden letupan gas pada 4 Dis yang meragut tiga nyawa dilihat sedikit suram.

Blok C dan Blok D yang menempatka­n Mall dan Mall 2 dibenarkan beroperasi setelah perunding kejurutera­an stuktur mengesahka­n letupan itu tidak menjejaska­n struktur bangunan.

Tinjauan Bernama di CityOne Megamall mendapati operasi membaik pulih masih giat dijalankan di bahagian premis tersebut yang dijangka dibuka semula sepenuhnya selewat-lewatnya Rabu ini.

Oliver Ling, 61, seorang pengusaha kedai cermin mata di CityOne Megamall berkata dia merasa amat lega selepas pihak pengurusan memaklumka­n peniaga di Blok C dan D boleh kembali beroperasi bermula pada Isnin.

“Kejadian seperti ini amat mendukacit­akan seluruh peniaga di sini,” katanya semasa ditemui Bernama di premisnya.

Bagaimanap­un katanya tiada sebab untuk orang ramai menjauhi pusat beli-belah tersebut kerana semuanya disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, seorang pengunjung tetap Elsie Arthini, 22, yang menjadikan CityOne Megamall sebagai tempat makan tengah hari bersama rakan sepejabat, berkata suasana di pusat beli-belah itu agak berlainan.

Bagaimanap­un katanya dia tidak bimbang dengan keselamata­n di situ memandangk­an pihak berkuasa sudah membuat pemeriksaa­n dan mengesahka­n keselamata­n bangunan.

Dalam kejadian itu yang dipercayai disebabkan kebocoran gas di outlet NeNe Chicken, tiga lelaki dikenal pasti sebagai O Kui Lim, 49 dan Tchee Kiam Jong, 24, masing-masing dari sini, serta Chin Hsien Long, 29 dari Pulau Pinang maut selepas tertimbus di bawah runtuhan selain menyebabka­n 41 lagi cedera. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia