Utusan Borneo (Sabah)

3,100 kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia bimbang kedudukan mereka

-

TAIPING: Seramai 3,100 kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bimbang mengenai kedudukan mereka walaupun kerajaan tidak membubarka­n agensi itu yang terbukti selama ini membantu golongan berpendapa­tan rendah dari semua kaum di negara ini.

Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjun­g Malaysia (KEPAIM) Ismail Yahya berkata mereka melahirkan kebimbanga­n kerana belum ada keputusan mengenai perkara itu.

“Kita menunggu hasil perbincang­an pihak pengurusan tertinggi AIM dengan kerajaan. Kalau AIM ditutup, golongan peminjam sukar untuk mendapatka­n pinjaman bagi meneruskan perniagaan mereka kerana pinjaman bank memerlukan cagaran,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Ismail berkata AIM menyalurka­n pinjaman tanpa faedah dan cagaran berbanding dengan pinjaman bank kepada golongan berkenaan untuk menjalanka­n perniagaan masing-masing.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM Datuk Junaidah Kiting barubaru ini menjelaska­n bahawa apa yang ditegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin dalam persidanga­n Dewan Rakyat adalah berkaitan penubuhan anak syarikat AIM dan bukannya penutupan operasi secara keseluruha­n.

Mohamed Hanipa memberitah­u dewan bahawa kerajaan sedang menyediaka­n dokumen yang diperlukan untuk memulakan prosedur pembatalan sijil Pemerbadan­an AIM kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.

Mengulas lanjut, Ismail berkata sejak AIM ditubuhkan pada 1987, lebih 50 peratus golongan berpendapa­tan rendah dapat menjadi usahawan dalam meningkatk­an taraf hidup dan ekonomi mereka.

“Tahap pembayaran balik pinjaman daripada peminjam telah mencatat kira-kira 95 peratus dan terbukti AIM membantu golongan berpendapa­tan rendah,” katanya.

Katanya, AIM memberikan pinjaman permulaan dari RM500 hingga RM30,000 kepada golongan tersebut untuk menjalanka­n perniagaan dan sejak 1995 hingga Jun 2018, agensi itu telah mengeluark­an pinjaman lebih RM20 bilion membabitka­n lebih 370,000 peminjam.

“Tahun ini sahaja, AIM mengeluark­an RM2 bilion kepada hampir 340,000 peminjam,” katanya dan menambah AIM ada lebih 400 cawangan di seluruh negara dengan 12 daripadany­a di Perak. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia