Utusan Borneo (Sabah)

Nelayan, dua anak hadapi detik cemas

Dirompak enam lelaki bersenjata api di laut

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang nelayan dan dua anak lelakinya menghadapi detik cemas semasa menangkap ikan apabiladir­ompaksekum­pulan enam lelaki bersenjata api, kira-kira 0.5 batu nautika dari sempadan perairan antarabang­sa MalaysiaIn­donesia.

Mangsa, 49, yang juga pengadu mendakwa suspek mengambil beg silang berisi telefon Samsung, lesen perikanan, lesen perahu, surat enjin dan kad pengenalan milik anaknya.

Empat daripada suspek terlibat dikatakan bertopeng dan dua lagi suspek tidak memakai topeng, malah salah seorang daripada mereka didakwa menggunaka­n loghat asing.

“Mengikut laporan pengadu juga, suspek ada mengacukan senjata sambil mengatakan mangsa dan anak-anaknya sudah memasuki kawasan ” perairan negara lain.

ACP FADIL MARSUS Ketua Polis Daerah Tawau

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kumpulan terbabit juga dikatakan menaiki bot laju jenis papan lapis panjang dengan kekuatan enjin 15 kuasa kuda (hp).

“Berdasarka­n aduan mangsa, insiden itu dilaporkan berlaku antara jam 5.15-5.25 petang Sabtu membabitkn enam suspek bersenjata­kan senapang panjang (kelopak peluru bengkok) yang tidak digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia,” katanya.

Fadil yang dihubungi Utusan Borneo di sini pada Ahad berkata siasatan awal mendapati mangsa keluar memukat ikan menaiki sebuah jongkong dengan dua enjin berkapasit­i 15hp setiap satu di perairan Apas Parit.

Menurutnya,mangsameli­hat sebuah bot laju dinaiki enam lelaki tidak dikenali semasa tiba di lokasi kejadian dan pada mulanya menyangka mereka pihak berkuasa Malaysia.

“Pengadu hanya menyedari mereka bukan pihak berkuasa Malaysia selepas melihat jenis senjata yang dibawa kumpulan suspek terbabit apabila diarah memberhent­ikan botnya.

“Mangsa dan anak-anaknya turut diarahkan supaya pergi ke hadapan bot untuk membolehka­n suspek terbabit melakukan pemeriksaa­n selepas merapatkan bot mereka.

“Mengikut laporan pengadu juga, suspek ada mengacukan senjata sambil mengatakan mangsa dan anak-anaknya sudah memasuki kawasan perairan negara lain,” katanya.

Beliau berkata selepas mengambil barang bilik mangsa, kumpulan suspek terbabit dikatakan beredar ke arah Sg Nyamuk, Pulau Sebatik, Indonesia.

Sementara, pengadu pula pulang ke perairan Tinagat menggunaka­n sebuah enjin bot yang rosak dan meminta bantuan orang kampung untuk membuat laporan di balai polis.

“Buat masa ini, kes ini diklasifik­asikan sebagai rompakan laut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA nelayan ini mendakwa menghadapi detik cemas apabila dirompak oleh sekumpulan lelaki bersenjata api berhampira­n kawasan sempadan antarabang­sa Malaysia-Indonesia.
KELUARGA nelayan ini mendakwa menghadapi detik cemas apabila dirompak oleh sekumpulan lelaki bersenjata api berhampira­n kawasan sempadan antarabang­sa Malaysia-Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia