Utusan Borneo (Sabah)

JBPM Sabah kini ada Unit Pengesan K9

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

TUARAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah buat pertama kalinya melancarka­n Unit Pengesan (K9) bagi membantu penugasan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pengarah JBPM Sabah Kamarulzam­an Malik Abdullah berkata, sebanyak enam ekor anjing ditempatka­n di K9 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di sini.

Menurutnya, unit berkenaan bertanggun­gjawab untuk menjalanka­n tiga tugas utama iaitu siasatan kebakaran, mengesan mangsa hilang dan mengesan mayat sama ada di darat atau air.

Katanya, dua ekor lagi anjing bakal ditempatka­n di lokasi sama bagi melengkapk­an jumlah lapan ekor anjing pengesan bagi Unit K9 di Sabah.

“Sebelum ini, tugas-tugas dalam operasi SAR agak sukar diselesaik­an dalam waktu yang singkat.

“Justeru, dengan adanya anjing pengesan dalam pasukan baharu ini, ia akan membantu mempercepa­tkan tugas SAR

K9.

dan mengenal pasti punca kebakaran.

“Selain dapat menyingkat­kan waktu operasi, kemungkina­n untuk menyelamat­kan mangsa lebih tinggi berbanding menggunaka­n tenaga manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Pengoperas­ian Unit Pengesan K9 JBPM Negeri Sabah, di sini pada Isnin.

Kamarulzam­an berkata, dari segi siasatan kebakaran, ia akan membantu mendapatka­n ‘spot’ yang tepat untuk sampel yang perlu dihantar ke makmal.

“Berdasarka­nstatistik­sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 76 kes diterima JBPM Sabah termasukla­h 31 kes SAR, 10 kes hilang di hutan, 25 kes tanah runtuh, tiga kes bangunan runtuh dan tujuh kes gempa bumi.

Daripada jumlah keseluruha­n itu jelasnya, 21 kes melibatkan kematian.

 ??  ?? KAMARULZAM­AN (lima kiri) bersama pasukan Unit K9 JBPM Sabah.
KAMARULZAM­AN (lima kiri) bersama pasukan Unit K9 JBPM Sabah.
 ??  ?? DEMO pertunjuka­n kebombaan daripada Unit Pengesan
DEMO pertunjuka­n kebombaan daripada Unit Pengesan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia