Utusan Borneo (Sabah)

Perdagang empat remaja

Dua warga tempatan ketahui nasib 23 Januari

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan pada 23 Januari tahun depan untuk menyampaik­an keputusan terhadap seorang lelaki dan wanita yang didakwa memperdaga­ngkan empat remaja untuk eksploitas­i.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan berkenaan terhadap Hasrul Hamid, 31, dan Siti Nurain Abdul Malik @ Rachel, 21, selepas kes berkenaan ditutup pada peringkat pembelaan.

Kedua-dua tertuduh akan mengetahui nasib mereka nanti sama ada didapati bersalah dan dikenakan hukuman, atau dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Mereka didakwa atas empat pertuduhan memperdaga­ngkan tiga remaja perempuan dan seorang remaja lelaki yang tidak memiliki dokumen, berusia antara 15 hingga 17 tahun.

Kesalahan didapati dilakukan pada 7 Februari jam 1.45 petang di Hideout Karaoke, Lorong Cyber Square 2, Cyber Square, Jalan Lintas di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerd­agangan Orang 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara antara tiga tahun hingga 20 tahun dan denda.

Hasrul dan Siti Nurain yang juga warga tempatan mula didakwa pada 21 Februari namun mengaku tidak bersalah.

Pada 27 November,

mahkamah memerintah­kan mereka membela diri, setelah pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie.

Dalam kes berasingan, dua lelaki warga asing yang memasuki negara ini secara haram dikenakan penjara empat bulan dan satu sebat.

Nal Ismail dan Raihan Arajat masing-masing dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Azreena memerintah­kan mereka menjalani pemenjaraa­n bermula dari tarikh tangkap pada 5 Disember, setelah tamat tempoh hukuman dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Kesalahan didapati dilakukan pada 7 Februari jam 1.45 petang di Hideout Karaoke, Lorong Cyber Square 2, Cyber Square, Jalan Lintas di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia