Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Kediaman Cemerlang juara keseluruha­n Karnival Sukan Kolej UMS

-

KOTA KINABALU: Kolej Kediaman Cemerlang berjaya mempertaha­nkan gelaran juara keseluruha­n pada Karnival Sukan KolejKolej Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berakhir di sini pada Ahad.

Skuad itu memenangi lima daripada 12 pingat emas yang ditawarkan serta berjaya menambah lima perak dan dua gangsa untuk berada di tangga teratas pertanding­an pelbagai sukan untuk tahun kedua berturut-turut.

Pingat emas dimenangi menerusi pertanding­an bola sepak sembilan sebelah, bola tampar lelaki dan wanita, bola jaring dan badminton.

Skuad Cemerlang juga memenangi perak dalam pertanding­an futsal lelaki, sepak takraw, bola keranjang, ping pong dan catur manakala gangsa menerusi futsal wanita dan bola keranjang wanita.

Juara keseluruha­n tahun 2016 Kolej Kediaman Tun Fuad KK di tempat kedua dengan tiga emas (sepak takraw, tenis meja, catur), dua perak (bola sepak, bola jaring) dan tiga gangsa (futsal lelaki dan bola tampar wanita).

Tempat ketiga keseluruha­nnya adalah Kolej Kediaman Beta Kampus Labuan dengan dua emas (futsal wanita, bola keranjang lelaki), dua perak (bola tampar lelaki dan wanita) dan dua gangsa (badminton dan bola jaring).

Pengarah Pusat Sukan UMS Mohd Asyraaf Fong Abdullah berkata karnival itu adalah penutup tirai sukan untuk UMS.

“Karnival sukan adalah salah satu platform untuk memilihatl­etuntukmew­akili UMS ke sukan peringkat kebangsaan seperti MASUM dan SUKIPT,” katanya dalam mesej pesanan ringkasnya pada Isnin.

Asyraaf menyampaik­an hadiah kepada juara kejohanan dua hari itu yang berakhir di Kompleks Sukan UMS.

 ??  ?? ASYRAAF (tengah, barisan tengah) menyampaik­an hadiah juara keseluruha­n kepada Kolej Kediaman Cemerlang.
ASYRAAF (tengah, barisan tengah) menyampaik­an hadiah juara keseluruha­n kepada Kolej Kediaman Cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia