Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan MAFI di pintu masuk China

Khusus bantu urusan perdaganga­n sarang burung walit

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof berkata Kerajaan Negeri bercadang menempatka­n kakitangan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di semua pintu masuk di negara China, khusus untuk perdaganga­n sarang burung walit.

“Ini adalah satu jalinan kerjasama baik untuk negeri Sabah dan negara China tetapi usaha menempatka­n kakitangan ini bukannya mudah kerana melibatkan dua negara, Malaysia dan China.

“Tetapi ini penting bagi kita dan kita akan berusaha merealisas­ikan perkara ini, terpulang kepada negara China melihat cadangan yang kita buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) perdaganga­n sarang burung walit antara AMG Advance Profitable Enterprise dengan dua wakil syarikat dari negara China di sini, tengahari Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata Kerajaan Negeri melalui kementeria­n itu memaklumka­n bahawa pembanguna­n industri walit menjana ekonomi besar kepada negeri Sabah.

“Ini merupakan salah satu industri yang menjadi fokus utama dalam pembanguna­n pertanian negeri Sabah dengan menyasarka­n pengeluara­n sarang burung walit sebanyak 100 MT setahun menjelang tahun 2023,” katanya.

Daud berkata pengeluara­n sarang burung walit dianggarka­n sebanyak 50 MT pada tahun 2017 atau bernilai RM200 juta.

Katanya usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n sarang burung walit di Sabah menggalakk­an amalan pengurusan RBW yang baik dan membina lebih banyak rumah burung walit di seluruh negeri ini di tempattemp­at yang berpotensi besar berkonsepk­an usahasama dengan pihak pelabur asing,” katanya.

Mengenai majlis MoU itu, beliau berkata ia merupakan detik sejarah bagi negeri Sabah yang mana sebuah syarikat bumiputera memiliki kilang pertama di negeri ini menandatan­gani MoU pertama dengan dua syarikat dari negara China.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada AMG Advance Profitable Enterprise kerana telah berjaya menjalin hubungan kerjasama dengan pihak syarikat dari China untuk membina lebih banyak banyak RBW di Sabah.

“Syabas dan tahniah juga kepada syarikat bumiputera yang diterajui oleh Pengarah Urusan AMG Advance Profitable Enterprise Shamsudin Chinu kerana berjaya membina kilang Primary Processing Establishm­ent (PPE) untuk memproses sarang burung ‘RawUnclean’yangmematu­hi serta memenuhi kehendak SOP pengekspor­tan SBW Raw Unclean ke negara China,” katanya.

Daudberkat­aiamerupak­an satu langkah bijak dilakukan oleh syarikat dari negeri ini yang menyahut seruan Kerajaan Negeri Sabah hari ini melalui dasarnya yang mahukan semua hasil negeri diproses sendiri sebelum dipasarkan ke luar negara.

“Ini adalah langkah permulaan di negeri Sabah, kita akan memastikan usaha seperti ini dapat dikembangk­an dalam merancakka­n lagi ekonomi negeri ke arah yang lebih baik,” katanya.

Beliau menjelaska­n semua tahu sebelum ini hasil negeri diproses di luar negara. Dasar kerajaan hari ini di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal telah membuka ruang yang luas kepada rakyat Sabah untuk meningkatk­an ekonomi selain memberi peluang pekerjaan.

“Kita juga sedia maklum, sarang burung walit mempunyai nilai pemakanan yang tinggi serta mempunyai nilai pasaran yang sangat mahal iaitu RM3,500 – RM5,000 sekilogram. Pasaran utama sarang burung walit adalah negara China dan Hong Kong.

“Namun pada hari ini, masa depan pasaran sarang burung walit telah mengalami perubahan paradigma yang baharu iaitu ‘Extract Edible Bird Nest’ menembusi pasaran ke Dubai, negara barat dan Amerika Syarikat yang menjanjika­n peluasan pasaran sarang burung walit yang begitu besar, terjamin dan stabil,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan memaklumka­n industri sarang burung walit bukan sahaja menjadi penyumbang kepada pendapatan lumayan kepada para pengusaha rumah burung walit tetapi ia merupakan satu sumber kekayaan baharu kepada negara, khususnya negeri Sabah.

Sebelum itu, Daud telah membuat lawatan kerja ke kilang memproses sarang burung walit (gua dan rumah) Pre-Clean (Raw Meterial) AMG Advance Profitable Enterprise yang terletak di Batu Sapi, di sini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an

“Ini adalah satu jalinan kerjasama baik untuk negeri Sabah dan negara China tetapi usaha menempatka­n kakitangan ini bukannya mudah kerana melibatkan dua negara, Malaysia dan China. Tetapi ini penting bagi kita dan kita akan berusaha merealisas­ikan perkara ini, terpulang kepada negara China melihat cadangan yang kita buat.

DR DAUD YUSOF Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Veterinar Sabah Dr Peter Lee Ak, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Pangiran Roslan Pangiran Nasrun, Pengarah Urusan AMG Advance Profitable Enterprise Shamsuddin Chinu, Setiausaha Sulit kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Loo Thong Loong @Max Loo dan Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Perancanga­n, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sabah yang juga Penyelaras Industri Walit Sabah Dr Samuil Mopun.

Pegawai Khas kepada Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Arzizan Zaini, Penolong Pengarah Wilayah DVS Sandakan Dr Teddy M Denis, wakil Syarikat AMG China Simon Teo, Pengarah Urusan Syarikat AMG Albert Yeoh dan wakil CMQIP China Liang Wei.

 ??  ?? DAUD
diberi penerangan oleh Samuil sambil diperhatik­an oleh Peter (dua dari kiri) dan Shamsudin (kiri).
DAUD diberi penerangan oleh Samuil sambil diperhatik­an oleh Peter (dua dari kiri) dan Shamsudin (kiri).
 ??  ?? SHAMSUDIN
(duduk, kanan) dan Albert (duduk, kiri) menandatan­gani dokumen sambil diperhatik­an oleh Daud, Peter dan Roslan.
SHAMSUDIN (duduk, kanan) dan Albert (duduk, kiri) menandatan­gani dokumen sambil diperhatik­an oleh Daud, Peter dan Roslan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia