Utusan Borneo (Sabah)

OSTEX East uji kesiapsiag­aan armada Markas Wilayah Laut 2

- YUSOP TEPPO Oleh

SANDAKAN: Operationa­l Sea Training Exercise (OSTEX) East 2/18 melibatkan aset-aset armada dan unit-unit di bawah naungan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah dilaksanak­an dengan jayanya pada 3-10 Disember.

OSTEX East 2/18 telah dibahagika­n kepada dua fasa iaitu Fasa Pelabuhan yang dilaksanak­an di MAWILLA 2, Pangkalan TLDM Sandakan dan Fasa Laut yang telah dilaksanak­an di perairan Laut Sulu.

Selepas kejayaan pelaksanaa­n Perang Borneo 4/18 yang dianjurkan pada bulan Oktober lepas, OSTEX East 2/18 yang dilaksanak­an kali ini merupakan proses penilaian kesiapsiag­aan dan keupayaan tempur armada di bawah naungan MAWILLA 2.

Melalui latihan yang dilaksanak­an itu, Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) dapat mengukur tahap kesiapsiag­aan, kecekapan dan profesiona­lisme warga serta aset-aset di bawah pemerintah­annya.

OSTEX East telah membuka tirai secara rasmi apabila majlis perasmian telah disempurna­kan oleh Panglima Wilayah Laut 2 (PANGWILLA 2) Laksamana Muda Dato’ Ganesh Navaratnam pada 5 Disember.

Pelaksanaa­nFasaPelab­uhan merangkumi Latihan Pertahanan Pangkalan yang melibatkan semua unit di Pangkalan TLDM Sandakan serta kapal-kapal yang merapat di Tambatan Pangkalan Sandakan (TPS).

Simulasi situasi pelbagai ancaman diwujudkan untuk menguji kesiapsiag­aan serta keupayaan semua unit dan aset menangani setiap ancaman dari atas dan bawah permukaan air.

Bagi Fasa Laut, Elemen Tugas (Task Element) terdiri lapan kapal iaitu KA Tun Azizan, KD Todak, KD Yu, KD Pari, KD Sri Tiga, KD Sri Gaya, KD Sri Johor dan KD Sri Perlis serta Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah yang turut dijadikan sebagai platform bagi beberapa siri latihan telah bermula 6 hingga 9 Disember.

Ganesh turut menyertai pelayaran latihan fasa laut bagi menilai sendiri kemampuan dan kecekapan warga kapal melaksanak­an evolusi latihan di samping menilai kesiapsiag­aan aset-aset yang menyertai OSTEX East 2/18 kali ini.

Elemen Tugas telah belayar keluar ke kawasan latihan dalam keadaan bertindak awal pagi 6 Disember 2018 dan meneruskan siri latihan yang telah diaturkan sehingga merapat semula di Tambatan Pangkalan Sandakan (TPS) pada 9 Disember 2018.

Bagi fasa itu, kapal-kapal yang terlibat telah diuji dengan beberapa siri latihan seperti melalui kawasan periuk api, ilmu kelautan, persenjata­an, komunikasi dan taktik peperangan maritim.

Latihan yang dilaksanak­an itu bertujuan bagi menguji tahap kewaspadaa­n dan kesiapsiag­aan kru bagi menghadapi sebarang situasi ancaman dan kecemasan ketika di lapangan. Ia juga menguji tahap ketahanan warga kapal apabila latihan ini dilaksanak­an secara berterusan sehingga tiga hari atau sekurang-kurangya 72 jam tanpa henti dalam laut bergelora.

Kejayaan pelaksanaa­n Latihan OSTEX East membuktika­n kemampuan aset-aset armada TLDM khususnya di MAWILLA 2 untuk memenuhi sebarang keperluan operasi di Kawasan Operasi Maritim (KOM) Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang terdedah kepada ancaman seperti jenayah rentas sempadan.

Secara tidak langsung, pelaksanaa­n latihan itu juga akan memberikan impak yang sangat positif kepada komuniti maritim di pantai timur Sabah khususnya keyakinan mereka terhadap kemampuan dan komitmen ATM amnya dan TLDM khasnya dalam mengekalka­n keamanan dan keselamata­n perairan setempat dengan kehadirank­apal-kapalTLDM di perairan Laut Sulu.

OSTEX East 2/18 juga telah berjaya memantapka­n interopera­biliti aset MAWILLA 2 dalam menghadapi sebarang kemungkina­n dan menguji prosedur tetap yang sedia ada.

Penglibata­n lapan kapal TLDM dari pelbagai kelas membuktika­n keupayaan MAWILLA 2.

Kehadiran Elemen Tugas itu mempamerka­n kemampuan TLDM dan sekali gus menyampaik­an mesej kepada masyarakat dan komuniti maritim di perairan timur Sabah bahawa ATM dan TLDM sentiasa bersiapsia­ga bagi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihar­a.-

 ??  ?? KRU kapal mengoperas­ikan meriam 40/70mm semasa latihan penembakan.
KRU kapal mengoperas­ikan meriam 40/70mm semasa latihan penembakan.
 ??  ?? PASUKAN menggeleda­h melaksanak­an persiapan sebelum latihan.
PASUKAN menggeleda­h melaksanak­an persiapan sebelum latihan.
 ??  ?? PENEMBAKAN meriam 40/70mm oleh KD Todak.
PENEMBAKAN meriam 40/70mm oleh KD Todak.
 ??  ?? KAPAL-KAPAL TLDM seiring didalam formasi.
KAPAL-KAPAL TLDM seiring didalam formasi.
 ??  ?? EVOLUSI pemindahan tali balingan di laut.
EVOLUSI pemindahan tali balingan di laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia