Utusan Borneo (Sabah)

PBT harus patuhi manual kerja

Langkah terbaik untuk elak rasuah, kata Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus mematuhi manual kerja, fail meja dan aliran kerja dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab mengikut masa ditetapkan bagi mengelakka­n kejadian rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini kerana sistem pentadbira­n yang diperkenal­kan untuk memudahkan pentadbirp­entadbir menjalanka­n tugas mereka secara efisen dan cekap serta tidak terlalu kompleks.

Berucap pada Konvensyen Pemerkasaa­n PBT di sini pada Isnin, Dr Mahathir berkata tujuan sistem itu adalah bagi membolehka­n manamana pegawai meluluskan permohonan secara tertib tanpa menunggu pegawai lain memberi kelulusan.

“Kadang-kala meluluskan sesuatu keputusan, pegawai itu perlu menuggu pegawai lain untuk meluluskan permohonan itu. Ini akan melambatka­n kerja. Sebaliknya jika pegawai itu menumpukan pada tugasnya mengikut fail meja, maka kerja akan berjalan licin dan cepat.

“Dengan cara ini, kita akan dapat menentukan segala urusan berjalan dengan berkesan. Adalah juga penting pemohon tahu apakah prosedur dalam mengemukak­an permohonan untuk membina rumah, hotel ataumenara­bagimemuda­hkan urusan pentadbira­n,” kata Dr Mahathir. -- LAGI

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengingatk­an warga kerja PBT agar tidak melambatka­n dalam meluluskan permohonan kerana apabila sesuatu permohonan dilambatka­n, ia boleh membawa kepada kejadian rasuah antara pegawai dan pemohon.

“Perlu diingat sepanjang masa bahawa kuasa bukan untuk kegunaan sendiri tetapi kuasa adalah bagi menjayakan tugas-tugas dipertangg­ungjawab ke atas para pegawai PBT.

“Kalau kita salah guna kuasa, sudah tentu masyarakat akan menerima beban yang amat berat kerana pembanguna­n perlu dilaksanak­an dengan belanja lebih tinggi,” katanya.

Dr Mahathir berkata insiden rasuah akan terjadi apabila pegawai sengaja melewatlew­atkan permohonan, menyebabka­n pemohon terpaksa menunggu lama dan akan ‘menghulurk­an sedikit’ (wang) agar ia dapat dipercepat­kan.

“Apabila ada dihulurkan, pegawai itu merasakan sekiranya permohonan atau keputusan itu sengaja dilambatka­n, maka ada nikmat boleh didapati. Maka, ini adalah permulaan rasuah dalam kerajaan.

“Apabila pemimpin tinggi salah guna kuasa besar, maka seluruh jentera kerajaan akan terlibat dengan rasuah. Kerana itu (rasuah), pembanguna­n negara tidak akan dicapai seperti diharap rakyat,” kata beliau.

Menurut Dr Mahathir, jika susunan jentera kerajaan tidak diatur rapi dan diberikan tugas tertentu, pentadbira­n akan menjadi kucar-kacir dan tidak bergerak secara teratur dan berkesan.

“Hari ini, kali pertama dalam 60 tahun, kita melihat kepada pertukaran pemerintah­an. Mungkin dahulu PBT sudah faham dan tahu apa harus dilakukan, tetapi sekarang dengan pemerintah­an baharu, adalah penting bagi kita memahami apakah tujuan pemerintah­an baru dan caracara melaksanak­an perubahan itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan baru telah memperkena­lkan satu manifesto yang lengkap, akan tetapi ia (manifesto) dibuat sebelum menjadi pemerintah serta pihak yang membentuk manifesto itu dipercayai tidak mempunyai pengetahua­n atau tidak faham tentang keadaan sebenar negara.

Oleh itu, katanya, manifesto sedia ada tidak dapat dilaksanak­an serta-merta, dan akan mengambil masa untuk membina pentadbira­n yang mampu melaksanak­an tugas mengikut manifesto.

“Kalau lambat sedikit melaksanak­an manifesto, adalah tidak mengapa asalkan pemikiran kita sesuai dengan tugas yang ditentukan manifesto. Dalam susunan kerajaan, ia terdiri daripada pemimpin, Kabinet dan badan pentadbira­n. Antara kabinet dan pentadbira­n perlu ada sefahaman dan kerjasama agar dapat melaksanak­an usahausaha yang diterangka­n di dalam manifesto,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Mahathir turut melancarka­n aplikasi i-Tegur, satu inisiatif pembanguna­n aplikasi mudah alih secara dalaman oleh KPKT bagi memudahkan orang ramai membuat aduan kepada PBT melalui telefon bimbit. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan I-Tegur sambil disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Konvensyen Pemerkasaa­n Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertemakan ‘Bandar Kita Milik Kita’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Isnin. -
Gambar BERNAMA PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan I-Tegur sambil disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Konvensyen Pemerkasaa­n Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertemakan ‘Bandar Kita Milik Kita’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Isnin. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia