Utusan Borneo (Sabah)

Harga RON95 dipastikan tidak meningkat mendadak apabila diapungkan

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan harga petrol RON95 bagi pengguna yang tidak layak mendapat subsidi bersasar, tidak meningkat dengan margin terlalu besar walaupun harga bahan api itu diapungkan mengikut harga pasaran.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaDa­tukSeriSai­fuddin Nasution Ismail berkata peningkata­n dengan margin terlalu besar akan memberi kesan langsung kepada Indeks Harga Pengguna (IHP), sekali gus menyebabka­n inflasi meningkat.

“Katakanlah pada hari pertama pelaksanaa­n nanti, perbezaan harganya 30 sen. Itu kita tidak mahu berlaku.

“Walaupun harus berlaku kenaikan 30 sen, ia harus dilakukan secara berdikitdi­kit dalam satu tempoh tertentu contohnya antara enam ke lapan bulan,” katanya pada sidang media selepas perhimpuna­n bulanan kementeria­n, di sini pada Isnin.

Beliau berkata kementeria­n juga mendapatka­n panduan daripada Jabatan Statistik yang membuat simulasi impak kenaikan bahan api pada kadar tertentu terhadap kenaikan IHP dalam menetapkan harga bahan api.

Ditanya sama ada penetapan harga minyak akan dibuat secara mingguan atau bulanan seperti yang dilaksanak­an kerajaan terdahulu, Saifuddin berkata perkara itu masih dalam peringkat perbincang­an dengan Kementeria­n Kewangan.

“Sebelum ini diputuskan berdasarka­n mingguan. Kami menerima banyak maklum balas daripada pengedar dan syarikat minyak serta orang ramai.

“Oleh itu, kita perlu mengkaji secara menyeluruh untuk menentukan format yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata hari ini adalah hari terakhir tender terbuka bagi membangunk­an sistem subsidi minyak bersasar dan Kementeria­n Kewangan dijangka mengumumka­n syarikat yang terpilih dalam masa terdekat.

Beliau sebelum ini dilaporkan sebagai berkata tender itu bagi mencadang, mengkaji, mereka bentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperas­i perkakasan perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi minyak secara bersasar bagi petrol RON95 yang dijangka dilaksanak­an pada suku kedua 2019. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? SAIFUDDIN Nasution berucap pada Perhimpuna­n Bulanan (KPDNHEP) bulan Disember di Kementeria­nnya pada Isnin. -
Gambar BERNAMA SAIFUDDIN Nasution berucap pada Perhimpuna­n Bulanan (KPDNHEP) bulan Disember di Kementeria­nnya pada Isnin. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia