Utusan Borneo (Sabah)

Gambar pemimpin PH dilelong raih RM1.22 juta

-

PUTRAJAYA: Gambar yang dirakam pada sidang media pertama pemimpin Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu, dilelong pada harga RM500,000.

Gambar tersebut dirakam sehari selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan ia dibeli oleh seorang pembida tempatan selepas bidaan dibuka pada harga RM100,000.

Sebanyak enam keping gambar pemimpin PH berjaya dilelong dengan jumlah RM1.22 juta pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini malam Ahad.

Selain Perdana Menteri, gambar yang ditandatan­gani lima lagi pemimpin PH termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dibeli seorang pembida tempatan, Gan Yu Chai, pada harga RM150,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM100,000.

Dr Mahathir, dalam ucapannya pada majlis itu, berkata tidak menyangka gambar-gambar tersebut dapat dibida dengan nilai mencecah ratusan ribu Ringgit.

“Oleh itu itu saya nak berhenti kerja. Saya ambil gambar saya nak jual sahaja,” katanya secara berseloroh.

Mengucapka­n penghargaa­n kepada semua penderma dan pembida pada majlis itu, Dr Mahathir bagaimanap­un menegaskan tiada keistimewa­an akan diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Gambar yang mendapat bidaan kedua tertinggi ialah gambar Dr Mahathir semasa hari pertama bertugas sebagai Perdana Menteri pada 23 Mei lepas di Pejabat Perdana Menteri, di sini.

Gambar Pengerusi PH itu dilelong pada harga RM350,000 selepas bidaan dibuka pada harga bermula RM50,000.

Gambar Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PH, pula dibeli pada harga RM150,000.

Tiga gambar lain yang dilelong adalah gambar tiga Timbalan Presiden PH iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada harga RM110,000, Lim Guan Eng (RM100,000) dan Mohamad Sabu (RM10,000).

Kesemua gambar tersebut ditandatan­gi oleh pemimpinpe­mimpin terbabit. Bernama

 ??  ?? DR Mahathir melihat gambar hari pertama beliau bertugas sebagai Perdana Menteri yang telah dibida dengan harga RM350,000 pada Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) malam Ahad.
DR Mahathir melihat gambar hari pertama beliau bertugas sebagai Perdana Menteri yang telah dibida dengan harga RM350,000 pada Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan 2018 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) malam Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia