Utusan Borneo (Sabah)

Chandra Muzaffar tekankan kepentinga­n tugas dan tanggungja­wab manusia

-

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial dan penganalis­is politik terkenal, Dr Chandra Muzaffar menekankan betapa pentingnya tugas dan tanggungja­wab manusia dalam kehidupan masyarakat.

Presiden Internatio­nal Movement for a Just World (JUST) itu berkata kegagalan secara kolektif dalam menunaikan serta memenuhi tugas dan tanggungja­wab tersebut membawa kerosakan terhadap tamadun manusia sekali gus boleh menjerumus manusia ke ambang malapetaka.

Beliau berkata masalah alam sekitar dan rasuah adalah contoh terhadap kurangnya rasa tanggungja­wab itu yang membawa ke arah permasalah­an tersebut.

“Sekiranya generasi masa kini berhadapan dengan krisis alam sekitar yang besar disebabkan perubahan iklim, ia sebahagian­nya kerana kita manusia tidak menunaikan tanggungja­wab kita untuk melindungi planet ini.

“Begitu juga, jika rasuah dan penyalahgu­naan kuasa dalam kalangan golongan elit semakin menjadi-jadi sekarang berbanding sebelum ini, ini kerana sesetengah mereka tidak mempunyai rasa tanggungja­wab kepada kelompok dipimpin, dimanifest­asikan melalui mudahnya mereka menginjaki­njaknya atas etika kejujuran dan akauntabil­iti,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Chandra Muzaffar juga menegaskan bahawa kebencian dan ketaksuban yang menyasarka­n agama dan budaya ‘lain’ telah mendapat lebih banyak perhatian dalam beberapa tahun kebelakang­an ini atas pelbagai sebab.

Antaranya, kata beliau, kurangnya rasa hormat sesama manusiayan­gbukanseba­hagian daripada kaum mereka sendiri, ketidakupa­yaan untuk memahaminy­a, pada masa kini, masyarakat mempunyai kewajipan untuk menghargai malah menerima perbezaan etnik.

Beliau berkata keluarga, proses pendidikan, aktiviti sosial dan kebudayaan serta media berperanan untuk menanamkan rasa tanggungja­wab mendalam terhadap manusia. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia