Utusan Borneo (Sabah)

Tangani keresahan rakyat: Anwar

Untuk penuhi harapan menggunung selepas PRU14

-

PUTRAJAYA:Semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu menangani masalah dan keresahan rakyat berhubung sesuatu isu dengan baik dan bijaksana, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Makan Malam Amal PH di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini malam Ahad, beliau berkata rakyat mempunyai harapan menggunung kepada kerajaan yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas yang perlu disempurna­kan.

“Kita tidak harus gusar kalau ada rasa gelisah dan kekecewaan dalam kalangan rakyat kerana mereka harap lebih cepat untuk kita betulkan institusi.

“Sebagai yang terbabit lama dalam PH, saya gesa pimpinan PH dalam kerajaan supaya lebih peka dan suara gelisah serta keresahan rakyat perlu ditangani dengan baik, tidak gopoh seperti yang lalu,” kata Presiden PKR itu.

Berucap di platform sama, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula berkata ekonomi Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menunjukka­n indikasi positif dan beransur pulih.

Beliauberk­atadakwaan­tiadapelab­uran masuk ke Malaysia adalah tidak benar kerana statistik menunjukka­n jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan dalam sektor pembuatan meningkat kepada RM35 bilion dari Mei hingga September tahun ini berbanding RM7.3 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Peningkata­n itu menunjukka­n keyakinan tinggi dalam kalangan pelabur asing ke atas Malaysia khususnya apabila peningkata­n sebanyak 379 peratus dalam jumlah FDI pembuatan yang diluluskan selepas peralilhan kuasa pada 9 Mei lepas.

“Ini adalah hasil pimpinan Perdana Menteri Tun (Dr Mahathir Mohamad)... kita janji kita akan melaksanak­an sebaik mungkin demi kebajikan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang.

PH bukan mewakili satu kaum, satu bangsa, satu daerah atau satu negeri. Kita mewakili semua orang tanpa mengira latar belakang etnik,” katanya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata kerajaan memahami pandangan rakyat bahawa banyak perkara yang belum dilaksanak­an sejak PH mengambil alih tampuk pemerintah­an negara sejak tujuh bulan lepas.

Katanya sebenarnya banyak perkara yang tidak diketahui rakyat, antaranya Dr Mahathir pernah meluahkan beliau berhadapan dengan banyak permintaan dan tidak mempunyai masa mencukupi untuk melaksanak­annya.

“Saya pergi pejabat Perdana Menteri banyak fail bertimbun-timbun bermakna desakan dan kehendak rakyat untuk menyempurn­akan apa yang mereka mahu itu amat besar lagi,” katanya.

Bagaimanap­un, Muhyiddin berkata dengan sokongan semua pihak, usaha Kerajaan PH untuk membangunk­an Malaysia baharu akan menjadi satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dalam ucapannya berkata Kerajaan PH akan terus mendokong demokrasi, mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n, membela semua kaum dan bekerja kuat memenuhi harapan rakyat.

“Kami malu jika berasa letih kerana pemimpin kita (Dr Mahathir) berusia 93 tahun, paling istimewa dalam dunia. Kita akan bekerja kuat dan penuhi tuntutan rakyat dan lakukan sedaya mungkin yang boleh,” katanya.Bernama

“Sebagai yang terbabit lama dalam PH, saya gesa pimpinan PH dalam kerajaan supaya lebih peka dan suara gelisah serta keresahan rakyat perlu ditangani dengan baik, tidak gopoh seperti yang lalu, ” DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Ketua Umum Pakatan Harapan (PH)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia