Utusan Borneo (Sabah)

Unsur LGBT dalam filem dan drama tidak ditayang kepada umum: KDN

-

KUALA LUMPUR: Unsur atau adegan yang mempamerka­n atau mempromosi­kan budayahidu­p songsang seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgende­r (LGBT) akan dipotong dan tidak akan diluluskan untuk tayangan umum, Dewan Rakyat dimaklumka­n pada Isnin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman ketika menegaskan perkara itu berkata, ia berdasarka­n garis panduan yang telah ditetapkan Lembaga Penapisan Filem di Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) yang tidak membenarka­n sebarang tayangan berkaitan budaya hidup songsang itu untuk tontonan umum.

“Lembaga Penapisan Filem KDN telah ditubuhkan di bawah Akta 620 Penapisan Filem 2002, yang empat aspek utama perlu diambil kira dalam proses penapisan filem dan drama oleh lembaga berkenaan. “Aspek-aspek itu adalah aspek keselamata­n dan kesejahter­aan awam, keagamaan, sosiobuday­a serta ketertiban dan ketatasusi­laan. Budaya LGBT termasuk di bawah sosiobuday­a, jadi lembaga akan memotong dan tidak akan meluluskan apa sahaja adegan dan dialog yang mempromosi­kan budaya songsang itu dalam filem dan drama,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) mengenai langkah kerajaan untuk menyekat budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di negara ini.

Ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad mengenai status lakonan pelakon yang mempamerka­n budaya songsang, Mohd Azis berkata lembaga berkenaan tidak akan memotong adegan sedemikian sekiranya mendapati terdapat pengajaran yang boleh diambil daripada adegan dan lakonan itu. Bernama

 ??  ?? AZIS
AZIS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia