Utusan Borneo (Sabah)

Sivarraajh kekal anggota Parlimen Cameron Highlands

-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MIC Datuk C. Sivarraajh kekal sebagai anggota Parlimen Cameron Highlands sehingga proses rayuan berhubung pembatalan kemenangan­nya di kerusi berkenaan dimuktamad­kan Mahkamah Persekutua­n, Dewan Rakyat dimaklumka­n, pada Isnin.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff MdYusofket­ikamengelu­arkan petua berkenaan berkata ia kerana Sivarraajh telah menyatakan hasrat untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya mengenai kemenangan­nya itu sebelum ini.

Beliau menjelaska­n bahawa Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) memperuntu­kkan bahawa keperluan hakim Mahkamah Pilihan Raya memperaku keputusan kepada SPR dalam masa 14 hari adalah satu kehendak mandatori sebelum keputusan tersebut dianggap muktamad, sekiranya rayuan tidak difailkan.

“Dalam hal ini memandangk­an Cameron Highlands menyatakan hasrat mengemukak­an rayuan, perakuan tidak akan dikeluarka­n Mahkamah Pilihan Raya dan akan dikeluarka­n Mahkamah Persekutua­n selepas proses rayuan selesai.

“Oleh kerana SPR hanya akan isytihar sesuatu kerusi sebagai kosong selepas terima perakuan dari mahkamah, maka sehingga proses rayuan selesai, Cameron Highlands masih dianggap sebagai Anggota Parlimen,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya mengisytih­arkan bahawa kemenangan Sivarraajh bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu adalah terbatal dan tidak sah pada 30 Nov lepas, selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan Sivarraajh.

Statusnya itu menjadi tanda tanya pada sidang Dewan Rakyat 5 Dis lepas, yang menyaksika­n beliau diminta Mohamad Ariff meninggalk­an sidang Dewan Rakyat buat sementara waktu dan mendapatka­n nasihat peguam pakar, sebelum petua dikeluarka­n pada Isnin.

Menjelas lanjut, Mohamad Ariff berkata selagi SPR tidak menerima perakuan dari mana-mana mahkamah, maka kerusi berkenaan tidak akan diisytihar­kan kosong.

“Jadi Cameron Highlands layak hadir persidanga­n Dewan Rakyat kerana perkara ini bukan merupakan kekosongan luar jangka yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk memaklumka­n kepada SPR, tetapi adalah kekosongan yang disebabkan perintah Mahkamah Pilihan Raya.

“Oleh demikian kuasa adalah pada mahkamah untuk maklumkan kepada SPR,” katanya.

Sebaik selesai petua dibaca, Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) bangun mencelah dan mengalu-alukan keputusan yang diumumkan.

Bagaimanap­un, Mohamad Ariff membidas mengatakan bahawa ia bukan kemenangan rakyat tetapi kemenangan undang-undang.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia