Utusan Borneo (Sabah)

Purata 157,000 pengguna MRT setiap hari

-

KUALA LUMPUR: Jumlah pengguna Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh – Kajang (SBK) mencatatka­n purata 157,000 penumpang sehari bagi tempoh Januari hingga September 2018, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliauberk­ataangkate­rsebutmenu­njukkan peningkata­n 37 peratus berbanding pencapaian pada tahun 2017 (Julai hingga Dis 2017 : 115,000 penumpang sehari).

“Pertambaha­n bilangan penumpang ini menggambar­kan keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kecekapan perkhidmat­an rel bandar yang semakin meningkat.

“Selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan pengangkut­an awam sebagai mod pengangkut­an utama pilihan rakyat, pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an bagi meningkatk­an lagi bilangan penumpang MRT,” katanya menjawab soalan Senator Ismail Yusop pada persidanga­n Dewan Negara pada Isnin.

Ismail ingin tahu mengenai perancanga­n untuk mengatasi masalah tahap pengguna rendah terhadap MRT3 berdasarka­n kajian Center for Governance and Political Studies (Cent-GPS).

Kamarudin berkata antara inisiatif yang dilakukan ialah pelaksanaa­n sistem tiket bersepadu antara perkhidmat­an rel dan sistem bas pengantara bagi memudahkan akses penumpang MRT, dan peningkata­n operasi MRT pada waktu puncak iaitu setiap empat minit.

“Pada 1 Dis lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut melancarka­n pas perjalanan tanpa had My100 dan My50 sebagai langkah mengurangk­an kos sara hidup rakyat,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia