Utusan Borneo (Sabah)

‘Berbagi kasih dan keceriaan’

Dharmma Wanita Persatuan KJRI KK kunjungi Seri Mengasih

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN Pusat Seri Mengasih memberikan taklimat kepada rombongan. Kiswara menyampaik­an cenderamat­a kepada guru Pusat Seri Mengasih.

DHARMA Wanita Persatuan (DWP) Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu mengadakan program Kunjungan Sosial ke Pusat Seri Mengasih (Seri Mengasih Center) di Tanjung Aru pada Jumaat.

Kunjungan sosial yang diketuai Ibu Kiswara Panca Wardhani dan disertai 12 ahli jawatankua­sa dan ahli mengadakan program itu dalam rangka memperinga­ti Ulang Tahun ke-19 DWP, sebuah organisasi wanita terbesar di Indonesia.

DWP dianggotai oleh isteri-isteri Pegawai Negeri Sipil Republik Indonesia adalah sebuah oragnisasi sosial kemasyarak­atan yang bergerak dalam bidang pendidikan, ekonomi dan

PEGAWAI

sosial budaya.

“Tujuan kunjungan kami adalah berbagi kasih dan keceriaan kepada 104 anakanak istimewa yang kami sifatkan sebagai ahli syurga, guru dan pengasuh luar biasa,” kata Ibu Kiswara Panca Wardhani dalam ucapannya.

Pusat Seri Mengasih memiliki lebih 40 kakitangan dan 104 pelajar yang mengalami masalah kecacatan intelek, autisme, paralisis, sindrom down dan celebral palsy.

Seri Mengasih yang terletak di Tanjung Aru adalah satu-satunya pusat yang menyediaka­n kemudahan pendidikan khas dan memberikan latihan intensif bagi golongan kanak-kanak istimewa.

Sebagai sebuah institusi kebajikan swasta, Seri Mengasih yang ditubuhkan sejak 1981 kini dianggap sebagai salah satu pusat kebajikan terpenting dalam kalangan ibu bapa yang memiliki anak kurang upaya (OKU).

Sepannjang berada di sana, kanak-kanak istimewa itu diberikan pendidikan dan pelbagai latihan termasuk vokasional bagi kanak-kanak sindrom down, latihan membuat kek, pertukanga­n, berkebun, dan sebagainya.

Terdapat dua bahagian pendidikan khas dan vokasional bagi kanakkanak sindrom down. Pelajar OKU yang menerima pemdidikan khas dibahagika­n mengikut peringkat umur 6-12 tahun dan 13 hingga 18 tahun.

Mereka yang berjaya menamatkan pendidikan selepas berusia 18 tahun akan dimasukkan dalam pendidikan vokasional, diberikan latihan kemahiran, pertukanga­n, memasak dan membuat perhiasan.

Selepas ucapan alu-aluan, rombongan DWP KJRI Kota Kinabalu dibawa melawat kawasan Pusat Seri

Mengasih.

Mereka juga dibawa melawat program khas untuk kanak-kanak autisme yang diberi nama Kololo.

Melalui program Kololo, kanak-kanak autisme diajar cara-cara mengawal pergerakan mereka.

Rombongan DWP KJRI

Kota Kinabalu juga sempat mengadakan beberapa jenis permainan untuk menghiburk­an pelajar Seri Mengasih, antaranya membawa guli dalam sudu, meniup belon dan sebagainya.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Konsul Penerangan, Sosial Budaya KJRI Kota Kinabalu Cahyono Rustam.

“Tujuan kunjungan kami adalah berbagi kasih dan keceriaan kepada 104 anak-anak istimewa yang kami sifatkan sebagai ahli syurga, guru dan pengasuh luar biasa,

 ??  ?? (Gambar kiri) ROMBONGAN DWP KJRI Kota Kinabalu bergambar sebelum pulang.
(Gambar kiri) ROMBONGAN DWP KJRI Kota Kinabalu bergambar sebelum pulang.
 ??  ?? IBU
IBU
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PELAJAR Seri Mengasih yang menyertai permainan yang diadakan.
(Gambar atas) PELAJAR Seri Mengasih yang menyertai permainan yang diadakan.
 ??  ?? ROMBONGAN DWP KJRI KK sempat mengabadik­an gambar kenangan.
ROMBONGAN DWP KJRI KK sempat mengabadik­an gambar kenangan.
 ??  ?? PELAJAR yang menyertai pertanding­an meniup belon.
PELAJAR yang menyertai pertanding­an meniup belon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia