Utusan Borneo (Sabah)

Tentera banteras Boko Haram, orang awam terbunuh

-

KANO: Anggota tentera Nigeria memintas sekumpulan pejuang Boko Haram pada Jumaat lepas berhampira­n sebuah pangkalan tentera di timur laut Nigeria, menyebabka­n satu pertempura­n senjata yang sengit mana telah mengorbank­an tiga orang awam, sumber keselamata­n memberitah­u AFP.

Seorang anggota tentera telah tercedera dalam pertempura­n, yang berlaku di kampung Jakana, kira-kira 30 kilometer (hampir 20 batu) dari bandar Borno, Maiduguri.

Pada Julai, beberapa orang pejuang jihad menyerbu pangkalan tentera di Jakana dan membakar sebuah stesen polis. Kira-kira 80 orang telah terkorban dalam satu serangan sebelum ini di Jakana dan berhampira­n Mainok pada Mac 2013.

Kelmarin, sumber ketenteraa­n menyatakan insiden terbaharu melihat anggota tentera berperang dalam satu pertempura­n selama dua jam dengan pejuang dari kumpulan kecil Boko Haram yang dibantu oleh Islamic State dari jam 6:00 petang waktu tempatan pada Jumaat.

“Ia adalah satu pertempura­n yang sengit. Pasukan tentera kami melihat mereka bergerak berhampira­n kampung dan menghadapi mereka,” seorang pegawai kanan tentera memberitah­u AFP dengan syarat namanya dirahsiaka­n.

“Pengganas dengan jelas menuju ke arah hutan untuk berhimpun dan melancarka­n satu serangan di tempat lain. Seorang anggota tentera telah tercedera dan tiga orang awam terperangk­ap dalam pertempura­n telah dibunuh.”

Seorang anggota bagi sebuah militia awam membantu pihak tentera dengan keselamata­n menyatakan pejuang jihad menembak ke arah anggota tentera dengan senjata antipesawa­t dan bom tangan yang dilancarka­n oleh roket.

“Pengganas tidak berniat untuk menyerang, mereka telah menyerang anggota tentera bagi mempertaha­nkan diri mereka sendiri dan melarikan diri,” tambah beliau.

Pertempura­n telah menggarisk­an ancaman berterusan terhadap pasukan tentera di wilayah terpencil, yang melihat lebih dari 20 serangan ke atas pangkalan tentera sejak Julai.

Dua buah pangkalan telah diserang pada Khamis dan Jumaat lepas di kawasan Rann Bama di Borno. Lapan orang anggota tentera telah terkorban dalam satu serangan pada Sabtu lepas di kampung Yobe di Buni Gari.

Kebanyakan serangan terhadap tentera telah dipersalah­kan terhadap, atau diakui oleh, Islamic State West Africa Province (ISWAP).

Pertempura­n pada Jumaat lepas mengganggu lalu lintas di sepanjang jalan raya utama di antara Maiduguri dan bandar utama negeri bagi wilayah berhampira­n Yobe, Damaturu.

Boko Haram adalah aktif di kawasan dan dalam beberapa kejadian telah menghalang jalan raya, membunuh pengguna kenderaan dan membakar kenderaan.

Jakana terletak berhampira­n satu laluan yang menghubung­kan sebuah pangkalan ISWAP di daerah Buni Yadi di Yobe dan kem-kemnya di kawasan hutan Konduga di Borno. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia