Utusan Borneo (Sabah)

Dua ketua peribumi Colombia dibunuh kejam

-

BOGOTA: Dua ketua peribumi dibunuh di Colombia dalam tempoh 24 jam, menurut pihak berkuasa kelmarin, ketika kumpulan hak asasi memberikan amaran penduduk asli semakin menjadi sasaran sejak presiden sayap kanan di negara ini memegang jawatan.

Edwin Dagua, 28, ketua peribumi di hutan simpan Huellas di Caloto, Wilayah Cauca, ditembak mati pada Jumaat lepas, kata sumber dari persatuan majlis perbandara­n di wilayah.

“Beliau merupakan seorang ketua yang disegani kerana mempertaha­nkan komuniti dan menuntut penghormat­an daripada pihak bersenjata untuk wilayahnya,” jelas sumber berkenaan.

Hanya beberapa jam kemudian, di sebuah kawasan berhampira­n, seorang lagi penduduk asli telah dibunuh dalam keadaan yang sama, walaupun masih tiada maklumat terperinci mengenai kematianny­a, menurut sumber.

Serta sekali lagi, hanya beberapa jam kemudian, gabenor pribumi Awa Lidia Gomez dijadikan sasaran awal kelmarin, namun beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pertubuhan Penduduk Asli Negara mendakwa bahawa sejak presiden konservati­f Ivan Duque memegang jawatan pada 7 Ogos, keganasan terhadap pemimpin mereka semakin meningkat.

“Ditujukan kepada kerajaan Presiden Duque, penduduk kaum asli di Colombia mengecam dan menolak strategi penghapusa­n bersistema­tik, malah pada waktu aman,” ONIC menyatakan dalam satu keterangan pada 5 Disember.

Duque telah memaklumka­n peningkata­n bagi homisid yang menyasarka­n aktivis hak asasi manusia dan berjanji akan melaksanak­an langkah-langkah untuk menghalang­nya, di bawah desakan daripada beberapa komuniti.

Menurut statistik daripada Pejabat Ombudsman, di antara 1 Januari, 2016 dan 30 Jun seramai 311 pemimpin sosial telah dibunuh, maka dalam tempoh masa ini, setiap tiga hari seorang pemimpin telah dibunuh.

Walaupun penyerahan senjata oleh gerila komunis FARC mengurangk­an ketegangan konflik bersenjata Colombia, banyak zon peribumi terus ditawan pemberonta­k ELN (Tentera Liberasi Nasional), kumpulan pecahan FARC yang dianggotai separa tentera dan pengedar dadah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia