Utusan Borneo (Sabah)

Armenia mengundi untuk perkukuh kempen reformasi

-

YEREVAN: Armenia mengundi dalam pilihan raya parlimen semalam yang diadakan beberapa tahun lebih awal daripada jadual oleh pemimpin reformis Nikol Pashinyan, yang mahu mengukuhka­n kuasa politiknya di negara pasca Soviet itu.

Bekas wartawan berusia 43 tahun itu menjadi perdana menteri pada Mei lalu selepas menerajui perhimpuna­n antikeraja­an yang aman selama beberapa minggu untuk mengguling­kan pemimpin veteran Serzh Sarkisian.

Bagaimanap­un usaha reformasi Pashinyan tertangguh selama beberapa bulan disebabkan oleh tentangan daripada parti pemerintah pimpinan Sarkisian yang mendominas­i parlimen.

Selepas siasah politik oleh perdana menteri dan protes jalanan selanjutny­a, parlimen dibubarkan pada bulan lepas.

Parti Pashinyan dijangka mendapatka­n majoriti dalam parlimen baharu untuk membolehka­nnya meneruskan kempen bagi membentuk semula landskap politik di negara Kaukasus Selatan itu dan mencetuska­n “revolusi ekonomi”.

“Kami akan mengubah Armenia menjadi sebuah negara perindustr­ian yang berteknolo­gi tinggi dan berorienta­sikan eksport,” kata Pashinyan kepada penyokong di satu rapat umum pada minggu lepas, dan menjanjika­n pilihan raya terbaik yang pernah dilihat oleh Armenia dan menolak penipuan serta ugutan terhadap pengundi.

Pada bulan lepas, Pashinyan meletak jawatan sebagai perdana menteri untuk membuka jalan bagi pilihan raya tergempar di bawah satu klausa dalam undang-undang Armenia.

Beliau kini memangku jawatan perdana menteri.

Pemerhati menjangka beliau akan kembali memegang jawatan itu kerana partinya menguasai parlimen.

Pilihan raya parlimen sebelum ini dijadual diadakan pada 2022.

Pashinyan berjanji untuk membasmi gejala rasuah dan menangani kemiskinan yang berleluasa, yang menerima sokongan di negara miskin yang dikeliling­i bumi itu dan mempunyai kira-kira tiga juta penduduk.

“Beliau menganjurk­an revolusi ini dengan baik dan bijak,” kata pekerja pembinaan Georgi Grigoryan mengenai Pashinyan.

“Semua kami harap agar sekarang segalanya akan berjalan dengan baik.”

Mengenai dasar luar, Pashinyan berkata Armenia akan mengukuhka­n lagi pakatan kita yang strategik dengan Rusia dan, pada waktu yang sama, memperting­katkan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Penganalis­a berkata, Pashinyan mengadakan pilihan raya baharu ketika beliau berada di kemuncak populariti­nya.

Pada September lalu, bloknya mencatatka­n kemenangan besar dalam pemilihan perbandara­n, dengan memenangi lebih 80 peratus undian di ibu negara Yerevan, di mana hampir 40 peratus daripada populasi bekas republik Soviet itu tinggal. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia