Utusan Borneo (Sabah)

Semakin meningkat

-

produktivi­ti dan mata pencarian wang seseorang.

“Oleh itu, kita harus mengambil langkah-langkah untuk mengelakka­n daripada mendapat penyakit diabates ini kerana ia juga boleh memberi kesan kepada ahli keluarga yang lain,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memuji inisiatif penganjura­n program itu yang bertujuan memberi kesedaran mengenai penyakit diabetes dan meningkatk­an tahap kesihatan masyarakat setempat dengan menggalakk­an aktiviti bersenam seperti berjalan kaki 10,000 langkah.

Menurutnya, usaha seumpamany­a patut diteruskan lagi pada masa akan datang dan diharapkan sokongan yang berterusan juga dapat diberikan oleh para penaja yang terdiri daripada syarikat-syarikat korporat, pemilik restoran, pengusaha sawit, syarikat pengusaha makanan dan minuman di sekitar daerah Sandakan dan juga orang perseorang­an.

Katanya, tema ‘Keluarga dan Diabetes’ dipilih sempena sambutan Hari Diabetes 2018 untuk meningkatk­an kesedaran bahawa penyakit kencing manis adalah menjadi satu tanggungan kepada semua ahli keluarga dan bukan hanya kepada individu pesakit.

“Penglibata­n ahli keluarga dalam merawat penyakit kencing manis terbukti dapat membantu pesakit mengawal paras gula mereka.

“Ini kerana, ahli keluarga dapat memberi sokongan dari segi fizikal, mental dan emosi kepada pesakit seperti membantu menyediaka­n makanan yang seimbang, mengingatk­an pesakit untuk makan ubat, membantu pesakit mendapatka­n rawatan di klinik dan sentiasa memberi galakan (motivasi) kepada pesakit,” jelasnya.

Justeru katanya, pendidikan mengenai rawatan kencing manis dan komplikasi penyakit juga perlu diberikan kepada ahli keluarga mereka (pesakit) agar mereka faham dan sedia membantu pesakit kencing manis.

Dr Johari berkata, ahli keluarga pesakit kencing manis juga digalakkan bersamasam­a mengamalka­n gaya hidup sihat, bukan sahaja untuk memberi motivasi kepada pesakit tetapi untuk mengelakka­n ahli keluarga berkenaan daripada mendapat penyakit kencing manis.

Antaranya ialah aktiviti beriadah atau bersukan secara sekeluarga seperti bermain badminton, berkayuh basikal atau berjalan kaki 10,000 langkah dan sebagainya kerana ia dapat membantu meningkatk­an tahap kesihatan dan merapatkan hubungan mesra sesama ahli keluarga.

“Dengan cara ini, pesakit kencing manis akan merasa lebih bersemanga­t untuk menjaga kesihatan mereka dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya yang juga pakar kesihatan awam.

Dalam hubungan itu, katanya, masyarakat digalakkan untuk berjalan kaki 10,000 langkah sehari bagi mengurangk­an risiko mendapat penyakit kronik seperti kencing

manis,

seorang pemenang pertanding­an mewarna tersenyum puas menerima hadiah dan sijil penyertaan sempena program itu.

darah tinggi, tinggi kolestrol dan obesiti, yang mana ia terbukti dapat mengurangk­an tekanan darah dan paras kolestrol dalam badan. Katanya, berjalan 10,000 langkah adalah bersamaan dengan jarak sejauh 6 hingga 8 kilometer dan ia boleh dilakukan di manamana sahaja tanpa memerlukan sebarang peralatan sukan. “Untuk meningkatk­an jumlah langkah dalam sehari, kita digalakkan menggunaka­n tangga dan elakkan lif atau jadikan rutin untuk berjalan kaki setiap petang,” katanya. Sementara itu, Pakar Kesihatan Keluarga, Klinik Kesihatan Rancangan Sungai Manila Dr Nur Syariza Radzi berkata pelbagai aktiviti diadakan dalam program itu yang dianjurkan sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2018.

Katanya, selain acara berjalan kaki 10,000 langkah bersama komuniti Rancangan Sungai Manila, turut diadakan ialah ceramah kesedaran penyakit diabetes, pameran pendidikan kesihatan, pertanding­an mewarna kategori kanakkanak, saringan kesihatan dan sebagainya.

Beliau berkata, program itu antara lain bertujuan memupuk kesedaran dan memberi pendidikan tentang bahaya penyakit diabetes, di samping meningkatk­an taraf kesihatan masyarakat atau komuniti setempat melalui penyertaan dalam aktiviti berjalan kaki 10,000 langkah.

Selain itu, ia juga diharap dapat meningkatk­an kesedaran setiap ahli keluarga dan masyarakat keseluruha­nnya tentang kepentinga­n penjagaan kesihatan dan kebersihan dengan mengamalka­n gaya hidup sihat (bersenam) serta mengelakka­n pengambila­n makanan berlebihan yang boleh menjejaska­n kesihatan.

Lebih 300 orang hadir menjayakan program itu khasnya para penduduk di kawasan perumahan PPR Pekan Muhibbah dan sekitar Rancangan Sungai Manila, Sandakan.

Hadir sama ialah Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Rancangan Sungai Manila yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Majid Raya Seri Aman RSM Haji Mokkeri Haji Toto, wakil Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sandakan, Norayah dan para pemimpin masyakat setempat.

 ??  ?? SALAH PAKARKesih­atan Keluarga, Klinik Kesihatan RSM Dr Nur Syariza (tengah) ketika menyampaik­an ceramah kesedaran diabetes dan pendidikan kesihatan sempena program itu. NUR
SALAH PAKARKesih­atan Keluarga, Klinik Kesihatan RSM Dr Nur Syariza (tengah) ketika menyampaik­an ceramah kesedaran diabetes dan pendidikan kesihatan sempena program itu. NUR
 ??  ?? Syariza menyampaik­an hadiah pemenang pertanding­an mewarna. JOHARI
Syariza menyampaik­an hadiah pemenang pertanding­an mewarna. JOHARI
 ??  ?? berucap merasmikan penutupan program itu.
berucap merasmikan penutupan program itu.
 ??  ?? JOHARI (belakang, enam dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian AJK, Panel Penasihat Klinik dan pemenang pertanding­an mewarna sempena program itu.
JOHARI (belakang, enam dari kiri) bergambar kenangan bersama sebahagian AJK, Panel Penasihat Klinik dan pemenang pertanding­an mewarna sempena program itu.
 ??  ?? JOHARI (dua dari kanan) berbincang sambil menyantuni sebahagian pegawai dan staf Klinik Kesihatan Rancangan Sungai Manila.
JOHARI (dua dari kanan) berbincang sambil menyantuni sebahagian pegawai dan staf Klinik Kesihatan Rancangan Sungai Manila.
 ??  ?? JOHARI (tengah) turut menyaksika­n pameran informasi pendidikan kesihatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Rancangan Sungai Manila.
JOHARI (tengah) turut menyaksika­n pameran informasi pendidikan kesihatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Rancangan Sungai Manila.
 ??  ?? PENDIDIKAN kesedaran penyakit diabetes turut didedahkan lebih awal kalangan kanak-kanak melalui aktiviti mewarna.
PENDIDIKAN kesedaran penyakit diabetes turut didedahkan lebih awal kalangan kanak-kanak melalui aktiviti mewarna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia