Utusan Borneo (Sabah)

Kepada Datuk Peter Anthony untuk menerajui Safa

-

TAMBUNAN: KDMM Tambunan yang menjadi antara pasukan hebat di Keningau menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony untuk menerajui Persatuan Bolasepak Sabah (Safa).

Pengerusi KDMM Tambunan, Justin Alip yakin Peteryangt­elahmenunj­ukkan komitmen mengangkat pasukan KDMM beraksi dalam Piala FAM dapat mengangkat skuad Sabah ke mercu kegemilang­an arena bola sepak di negara ini.

“Kita akan memberikan sokongan padu di peringkat daerahuntu­kPetermeng­galas tugas berat sebagai Presiden Safa di peringkat negeri dan kebangsaan,” kata Justin.

Beliau yang juga Naib Presiden KDMM menyatakan demikian ketika pelancaran Liga Bolasepak KDMM 2018-2019 di Kompleks Sukan Keningau pada Sabtu.

Justin melahirkan keyakinan dengan adanya khalayak peminat tegar bola sepak di negeri ini, Peter mampu mengembali­kan zaman kegemilang­an bola sepak Sabah era Datuk James Wong, Datuk Hassan Sani dan Matlan Marjan.

“Peter selaku presiden dan pengasas KDMM merupakan pilihan tepat memimpin Safa kerana mempunyai banyak kelebihan di samping sebagai pemain juga memiliki rangkaian hubungan pengurusan bola sepak di dalam dan luar negara,” katanya.

Sementara itu Pengurus Pasukan KDMM Tambunan Jaidy Jamileh berkata pasukannya bertekad memberi saingan sengit kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Liga Bolasepak KDMM.

Pasukan KDMM Tambunan dikendalik­an di bawah ketua jurulatih SM Markus Sakia dibantu

“Peter selaku presiden dan pengasas KDMM merupakan pilihan tepat memimpin Safa kerana mempunyai banyak kelebihan di samping sebagai pemain juga memiliki rangkaian ” hubungan pengurusan bola sepak di dalam dan luar negara. JUSTIN ALIP Pengerusi KDMM Tambunan

JUSTIN menyerahka­n jersi kepada Lieand Agustin.

Oktovius Majaya @ Otto.

“Meskipun baru sebulan dibentuk namun pasukan ini sudah mempunyai barisan pemain yang boleh dibanggaka­n untuk menghadapi saingan khususnya pasukanpas­ukan yang sudah mapan dan terbilang handal,” kata Jaidy.

Pada majlis ringkas itu Justin turut menyerahka­n sumbangan set jersi dan kasut bola kepada pasukan KDMM Tambunan yang diterima oleh ketua pasukannya Lieand Augstin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia