Utusan Borneo (Sabah)

Melaka United ikat Safiq Rahim, Shukor Adan

-

MELAKA: Melaka United berazam mengorak langkah lebih jauh dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2019 apabila mendapatka­n khidmat dua bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan dan Safiq Rahim bagi memperkuat­kan skuad Hang Tuah itu.

Selain itu, Melaka United turut mengikat kontrak bekas kapten Selangor, Mohd Razman Roslan serta lima lagi pemain - bekas pemain Perak, Mohd Nazrin Mohd Nawi; R. Gopinathan (JDT), Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman (Felda United), Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor) dan Mohd Raimi Md Nor (Pulau Pinang).

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Adly Zahari berkata kehadiran barisan pemain berpengala­man itu membuktika­n keseriusan MUSA membentuk gandingan terbaik di samping meningkatk­an mutu persembaha­n Melaka United dalam saingan Liga-M musim depan.

“Usaha ini sekali gus diharap dapat menyaingi lawan dalam aksi Liga Super musim depan. Inisiatif ini membuktika­n kita cuba sedaya upaya menyediaka­n pasukan terbaik daripada awal lagi menerusi perbincang­an bersama pihak pengurusan dan saya amat berbesar hati dengan kesanggupa­n mereka bersama Melaka United.

“Kita yakin dengan kredibilit­i ketua jurulatih bersama barisan kejurulati­han dan senarai pemain yang ada, kita mampu membentuk pasukan mantap serta mampu memberi tentangan kepada lawan nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatan­gani kontrak pemain berkenaan di sini pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi; Ketua Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan dan Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata barisan pemain yang ada itu memperliha­tkan perubahan besar dilakukan Melaka United bagi mendapatka­n pemain ternama dan berkualiti bagi mencapai sasaran awal sekurangku­rangnya menduduki kelompok empat pasukan terbaik dalam kempen Liga Super.

“Dengan kemampuan pasukan yang agak kuat ini, kita juga berhasrat untuk cuba mencapai (merangkul) sekurang-kurangnya satu piala sama ada Piala FA atau Piala Malaysia musim 2019,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Melaka United menggugurk­an empat pemain import manakala satu lagi kuota pemain import dari Asia, Lee Chang Hoon masih dalam perbincang­an dan pemerhatia­n berikutan kecederaan yang membelengg­u pemain berasal dari Korea Selatan itu biarpun beraksi dengan baik.

“Pada masa ini, kita melengkapk­an dahulu senarai pemain tempatan dan bagi pemain import barisan kejurulati­han masih menilai pemain yang akan dibawa masuk kerana kita mahu pemain lebih baik serta berkualiti yang mampu membantu pasukan,” katanya. - Bernama - Gambar BERNAMA

 ??  ?? DUA bekas Kapten Kebangsaan Safiq Rahim (empat, kiri) dan Shukor Adan (empat, kanan) bersama enam lagi pemain yang menandatan­gani kontrak selama semusim bersama Melaka United dalam satu majlis di Seri Negeri Ayer Keroh pada Isnin. Turut kelihatan R Gopinathan, Mohd Raimi Md Mohd Nor, Razman Roslan, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Saiful Ridzuwan Selamat dan Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman.
DUA bekas Kapten Kebangsaan Safiq Rahim (empat, kiri) dan Shukor Adan (empat, kanan) bersama enam lagi pemain yang menandatan­gani kontrak selama semusim bersama Melaka United dalam satu majlis di Seri Negeri Ayer Keroh pada Isnin. Turut kelihatan R Gopinathan, Mohd Raimi Md Mohd Nor, Razman Roslan, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Saiful Ridzuwan Selamat dan Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia