Utusan Borneo (Sabah)

Saingan kumpulan, final berbeza: Zaquan

-

KUALA LUMPUR: Kapten skuad kebangsaan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak meluahkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu mengekang Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 malam ini, sekalipun pasukan negara tewas di Hanoi pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Beliau memberi contoh kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos selepas menundukka­n Vietnam 1-0 walaupun sebelum itu tewas 1-3 pada aksi peringkat kumpulan.

“Pentas final adalah satu perlawanan berbeza, suasananya sangat berbeza jika dibandingk­an dalam saingan peringkat kumpulan.

“Pengalaman ini saya telah lalui sewaktu di Sukan SEA Laos. Kita tewas 1-3 di peringkat kumpulan tetapi menang bila jumpa mereka di final. Apa yang berlaku di peringkat kumpulan kita sudah belajar dan perbaiki... untuk final kali ini ia pasti lebih berbeza,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di sini, pada Isnin.

Pada aksi ketiga saingan Kumpulan A di Stadium Nasional My Dinh, Harimau Malaya tewas 0-2 di tangan skuad The Golden Dragons sekalipun anak buah Tan Cheng Hoe itu mendominas­i permainan.

Pada masa sama Zaquan yang telah meledak tiga gol sepanjang kempen ini berkata pasukan negara melakukan persediaan lebih rapi bagi menghadapi pertemuan - Gambar BERNAMA malam ini untuk memastikan Malaysia mampu membolosi gawang Vietnam yang gagal ditembusi sebelum ini.

“Untuk final satu persediaan yang berlainan dilakukan pasukan kerana ini adalah saat yang ditunggu-tunggu setiap pemain… bukan sahaja senior seperti saya tetapi juga pemain yang lebih muda.

“Saya berharap keserasian dan keharmonia­n dalam pasukan ketika ini akan diteruskan ke dalam padang dan berharap ia memberi kejayaan kepada pasukan esok (malam ini),” katanya.

Selepas aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, Malaysia akan berdepan Vietnam sekali lagi di Hanoi untuk aksi final kedua yang dijadualka­n Sabtu ini. - Bernama

 ??  ?? AKSI pasukan Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin. Perlawanan terbabit bakal berlangsun­g malam ini.
AKSI pasukan Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin. Perlawanan terbabit bakal berlangsun­g malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia