Utusan Borneo (Sabah)

Perlu beri impak sama seperti Syazwan Andik, Aidil: Cheng Hoe

-

KUALA LUMPUR: Ketika tahap kecederaan dua tonggak utama skuad Harimau Malaya masih menjadi tanda tanya, Tan Cheng Hoe memberi amaran bahawa sesiapa sahaja bakal diturunkan dalam aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam malam ini, perlu memberi impak positif kepada pasukan kebangsaan.

Ketua jurulatih skuad negara itu berkata dua tonggak pertahanan negara Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak belum pasti dapat diturunkan ekoran mengalami kecederaan ‘hamstring’.

“Mereka belum lagi dapat turun menjalani latihan bersama pasukan. Saya akan terus memantau tahap kecergasan mereka.

“Sesiapa pun diturunkan dalam perlawanan akhir esok (malam ini), perlu beri impak dan semangat kepada pasukan seperti ditampilka­n Syazwan dan Aidil,” katanya pada sidang media praperlawa­nan akhir antara Malaysia dan Vietnam di sini pada Isnin.

Sementara itu, Cheng Hoe turutmemas­angimpianu­ntuk mengulangi pencapaian­nya pada edisi 2010, ketika beliau menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal, menyaksika­n skuad negara berjaya menjulang Piala AFF Suzuki.

“Saya rasa setiap jurulatih mempunyai impian untuk mengecap kejuaraan, dan kejayaan pada 2010 akan - Gambar BERNAMA sentiasa menjadi kenangan terindah buat saya.

“Namun pada 2018, ia situasi berbeza. Kali ini saya sebagai ketua jurulatih dan saya yakin dengan pemain bahawa mereka juga akan melakar kejayaan manis,” katanya.

Pada Piala AFF Suzuki 2010, Malaysia berjaya merangkul kejuaraan buat julung kalinya kejohanan berkenaan apabila menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia pada perlawanan akhir. - Bernama

penjaga gol kebangsaan Mohd Farizal Marlias (tengah) ketika menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukann­ya bagi menghadapi perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin.

- Gambar BERNAMA

 ??  ?? AKSI
AKSI
 ??  ?? JURULATIH Pasukan Kebangsaan Tan Cheng Ho (dua, kanan) bersalaman bersama jurulatih Pasukan Vietnam Park Hang Seo (dua, kiri) sewaktu sidang media berkenaan persediaan menghadapi Pasukan Vietnam pada Perlawanan Akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin. Turut sama Kapten Pasukan Kebangsaan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (kanan) dan Kapten Pasukan Vietnam Nguyen Prong Hoang (kiri).
JURULATIH Pasukan Kebangsaan Tan Cheng Ho (dua, kanan) bersalaman bersama jurulatih Pasukan Vietnam Park Hang Seo (dua, kiri) sewaktu sidang media berkenaan persediaan menghadapi Pasukan Vietnam pada Perlawanan Akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin. Turut sama Kapten Pasukan Kebangsaan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (kanan) dan Kapten Pasukan Vietnam Nguyen Prong Hoang (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia