Utusan Borneo (Sabah)

SK Kampung Titingan lancar Program Titian Ilmu 2.0

-

PENGUASAAN kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M) dalam kalangan murid tahap satu amatlah diperlukan bagi membolehka­n mereka menjalanka­n semua proses pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang dijalankan di dalam kelas.

Masalah murid yang tidak menguasai kemahiran 3M adalah disebabkan oleh pelbagai kemungkina­n seperti kaedah atau pendekatan guru yang kurang sesuai, persekitar­an, peranan ibu bapa dan faktor kesihatan murid.

Oleh demikian, pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Titingan Tawau mengambil inisiatif untuk menjalanka­n Program Titian Ilmu 2.0 bagi memberikan kesedaran dan memupuk sikap ingin belajar dalam kalangan murid.

Guru Besar SK Kg Titingan Hasan Kadir berkata program itu adalah satu program yang bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pentingnya ilmu terutama penguasaan kemahiran 3M kepada murid-murid.

“Justeru, program ini membantu atau meringanka­n tanggungja­wab ibu bapa mendidik anak-anak mereka di rumah di samping memantapka­n lagi ilmu pengetahua­n asas dalam kalangan ibu bapa untuk membimbing dan mengajar anak-anak di rumah,” katanya.

Selain itu tambahnya, program berkenaan turut menyemai rasa tanggungja­wab dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya pendidikan awal kanak-kanak terutama sekali penguasaan kemahiran 3M dalam kalangan murid tahap satu di sekolah itu.

Katanya, program itu berjaya mewujudkan semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan unit-unit yang terlibat serta berjaya menjalin hubungan silaturahi­m antara warga sekolah dan penduduk Kg Titingan.

Mengulas program itu, penyelaras program Mohd Ali Mohd Ghazali yang juga Guru Pemulihan Khas SK Kg Titingan berkata Program Titian Ilmu

2.0 melibatkan beberapa

GURU-GURU menyediaka­n BBM yang akan dilekatkan di sudut rumah murid yang terlibat dalam program berkenaan.

guru serta Unit Akademik sekolah berkenaan.

Antara guru dan anggota

Program ini membantu atau meringanka­n tanggungja­wab ibu bapa mendidik anak-anak mereka di rumah di samping memantapka­n lagi ilmu pengetahua­n asas dalam kalangan ibu bapa untuk membimbing dan mengajar rumah.” anak-anak di HASAN KADIR Guru Besar SK Kg Titingan

Unit Akademik yang terlibat ialah para guru Program Linus, Pemulihan Khas, Panitia Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik, Unit Disiplin, Unit Bimbingan dan Kaunseling selain guru pelatih IPG, guru prasekolah dan guru Penyelaras Perpustaka­an dan Media.

Seramai 58 murid tahap satu terlibat dalam program itu yang masih tidak berjaya menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dalam Kemahiran Linus 2.0.

Mohd Ali berkata, antara pengisian dalam program ialah aktiviti melekatkan bahan bacaan di rumah murid yang terlibat, bengkel membina bahan bantu belajar (BBB) atau bahan bantu mengajar (BBM) kepada ibu bapa, ceramah serta motivasi kepada murid dan ibu bapa yang terlibat.

“Tindakan yang proaktif daripada para guru serta ibu bapa telah menyemarak­kan lagi semangat murid untuk menguasai kemahiran 3M dan ia turut memberi impak yang baik kepada prestasi akademik SK Kg Titingan,” katanya.

 ??  ?? BBM yang selesai dilekatkan di sudut rumah murid yang terlibat.
BBM yang selesai dilekatkan di sudut rumah murid yang terlibat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia