Utusan Borneo (Sabah)

Mengendali

-

IBU dan isterinya bukan sahaja terkejut malah bertanya jika beliau sudah gila apabila menyatakan hasratnya merantau ke Malaysia untuk bekerja melatih buaya.

Namun Aungkya W Zhaw, 34, nekad lalu meninggalk­an keluarga dan kampung halamannya di Myanmar kira-kira 10 tahun lalu, semata-mata untuk bekerja mengendali buaya di negara ini.

Mesra dengan panggilan Zhaw, beliau adalah antara enam pengendali buaya yang bekerja di Crocodile Adventurel­and Langkawi, sebuah taman buaya di Jalan Teluk Datai di Langkawi.

“Sudah hampir empat tahun saya bekerja di sini. Sebelum ini saya bekerja di sebuah ladang buaya di Kuantan, Pahang, selama enam tahun,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Menceritak­an perjalanan hidupnya sejak tiba di negara ini, beliau belajar mengendali buaya daripada seorang warga tempatan yang berpengala­man bernama Abdul Kadir Abdullah, 47.

“Sambil bekerja di ladang buaya, Abdul Kadir mengajar saya cara-cara mengendali reptilia itu selama lebih setahun, sebelum saya dapat melakukann­ya sendiri.

“Banyak pengetahua­n saya dapat daripada Abdul Kadir, yang sekarang sama-sama bekerja di sini (Langkawi),” jelas beliau sambil memberitah­u bahawa Abdul Kadir hilang jari telunjuk kerana dilibas reptilia itu.

Mengakui pada peringkat awal terpaksa melawan rasa takut untuk berhadapan dengan haiwan yang terkenal ganas itu, namun berkat kesungguha­n, beliau berjaya mengatasi ketakutann­ya.

“Buaya ini ada anginnya juga. Ia akan menjadi lebih agresif khususnya semasa musim mengawan. Tak bolehlah kita merapatiny­a pada masa itu,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Sepanjang bekerja, Zhaw sudah beberapa kali digigit buaya tetapi kecederaan­nya tidak serius.

Sambil menunjukka­n parut-parut luka di tangan akibat gigitan sang bedal, bapa kepada dua orang anak itu memberitah­u tidak pernah serik dengan insiden-insiden berkenaan dan akan meneruskan pekerjaann­ya. Zhaw ditemui Bernama sejurus usainya pertunjuka­n bersama Bujang Lang, gelaran yang diberikan kepada seekor buaya tembaga jantan sepanjang hampir lima meter dan berumur 42 tahun.

Dengan hanya berbekalka­n sebatang kayu sepanjang dua meter, beliau dengan bantuan seorang lagi pekerja menarik keluar buaya yang seberat kirakira satu tan itu dari sebuah

BUAYA ADA ANGIN

TIDAK AMAL ILMU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia