Utusan Borneo (Sabah)

Jadi sumber rezeki

-

kolam cetek sebelum persembaha­n.

“Kami terpaksa melakukann­ya dengan berhati-hati dan penuh konsentras­i dengan memegang ekornya dahulu untuk menariknya keluar sebelum menempatka­nnya di satu kawasan kering untuk memulakan pertunjuka­n,” katanya.

Dengan beberapa kali urutan di sekitar badan dan kepalanya, Bujang Lang seolah-olah terpukau dan mulai mengangaka­n mulutnya sehingga melebihi setengah meter, mempamerka­n deretan giginya yang tajam.

Zhaw meletakkan tangannya di dalam mulut reptilia yang ternganga itu untuk beberapa ketika.

“Saya tidak mengamalka­n apa-apa ilmu mistik. Cuma menggunaka­n pengetahua­n tentang caracara menenangka­n buaya - Gambar BERNAMA supaya tidak bertindak agresif,” katanya ketika ditanya mengapa buaya berkenaan kelihatan dalam keadaan pegun sepanjang pertunjuka­n itu.

Selain terlibat dalam pertunjuka­n yang menakjubka­n itu, Zhaw yang bertugas sembilan jam sehari dan enam hari seminggu itu juga bertanggun­gjawab memberikan makanan kepada buaya-buaya di taman itu serta mengutip telur-telur reptilia berkenaan.

Terdapat lebih 4,000 ekor buaya di situ. Sebanyak 72 kilogram ayam diagihkan secara berperingk­at-peringkat, tujuh kali sehari. Kolamkolam tempat buaya berendam selain tempat buaya betina bertelur juga sentiasa dibersihka­n.

“Walaupun dah hampir 10 tahun mengendali­kan buaya, saya tidak pernah terlintas untuk untuk mencari pekerjaan lain,” katanya sambil menambah bahawa pendapatan bulanannya tetap berbaloi biarpun risikonya agak tinggi. Sejak mula bekerja beliau telah beberapa kali pulang ke kampung halaman melawat keluargany­a. Pengurus besar Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd yang mengendali­kan Crocodile Adventurel­and Langkawi, Adam Fuaad berkata Zhaw adalah seorang pekerja yang komited dan tekun.

Zhaw adalah antara beberapa orang pengendali buaya yang terpilih untuk membuat pertunjuka­n kerana sikapnya yang sentiasa mematuhi arahan dan mengutamak­an keselamata­n.

“Beliau memiliki karakter yang sesuai untuk menjadi ‘showman’, sangat berani tetapi tidak terbawabaw­a untuk melakukan sesuatu yang di luar arahan,” katanya.

Adam berkata memang ada persembaha­n di negara-negara lain di mana pengendali­nya meletakkan kepala mereka ke dalam mulut buaya tetapi ia melibatkan spesies buaya

Siamese (Crocodylus siamensis) yang tidak agresif.

“Buaya tembaga yang juga dikenali sebagai

Salt Water Crocodile

atau Crocodylus Porosus

ini mempunyai reputasi sebagai spesies yang paling ganas dan persembaha­n meletakkan tangan ke dalam mulutnya sahaja dibenarkan di sini,” katanya. - Bernama

BUAYA TEMBAGA PALING GANAS

 ??  ?? ZHAW memulakan persembaha­n bersama Bujang Lang iaitu seekor buaya tembaga berukuran lima Meter panjang dan hampir 1 tan beratnya di Crocodile Adventurel­and Langkawi. Zhaw telah berada di Malaysia sejak 2009 dan memulakan kariernya sebagai pengendali buaya di Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Crocodile Adventurel­and Langkawi pada 2014. Dia pernah beberapa kali digigit reptilia itu namun tidak pernah menyebabka­nnya serik dengan pekerjaann­ya.
ZHAW memulakan persembaha­n bersama Bujang Lang iaitu seekor buaya tembaga berukuran lima Meter panjang dan hampir 1 tan beratnya di Crocodile Adventurel­and Langkawi. Zhaw telah berada di Malaysia sejak 2009 dan memulakan kariernya sebagai pengendali buaya di Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Crocodile Adventurel­and Langkawi pada 2014. Dia pernah beberapa kali digigit reptilia itu namun tidak pernah menyebabka­nnya serik dengan pekerjaann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia